Friday, July 26, 2013

Day 3: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Assalamualaikum..
rentetan dari entri ini Day 2: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Day 3: Your views on drugs and alcohol

Apa yg tot boleh review pasal dua mende ni, ada kebaikan dan juga keburukannya yang tersendiri. Kebaikannya dari segi perubatan la sebab kalau korunk nak tahu, sebenarnya setiap ubat yg dibekalkan kepada kita samada oleh klinik/hospital/farmasi mempunyai kandungan drugs tetapi masih dalam kawalan. Haa terkejut..?? Jangan risau ianya tak memudaratkan selagi kita ambil ubat2 itu dalam kuantiti dos yang telah direkemenkan oleh doktor yg bertauliah. Cuma ianya boleh memudaratkan ataupun membawa kepada kematian jika diambil secara berlebihan. Jadi berhati-hati, lebih2 lagi tolong simpan baik2 dan jauhkan dari kanak2 terutamanya.

Alkohol ni setakat yg tot tahu ianya memang haram bagi semua umat Islam. Jadi nak taknak memang memang memaaaang kene jauhkan diri dan elakkan dari mengambil sebarang minuman berunsur alkohol. Tapi dalam minyak wangi pn ada alkohol kn..? Tapi kalau kita pakai tak haram cume ianya tidak boleh dibawa solat. Ermm taknak cakap lebih2 sebab tot tak berapa arif tentang perkara ni. Cuma apa yg boleh tot pesan, JANGAN ambil minuman beralkohol tau!

Selain tu, kedua-dua ini mempunyai keburukan yg tidak asing lagi..semua mesti dah tau..jadi takyah tot citer banyak2..hehe..

ok tataa..

Thursday, July 25, 2013

Day 2: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Assalamualaikum..

sambungan dari entri ini Day 1: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO...


Day 2: Where you'd like to be in 10 years.

kalau dikira dari tarikh hari ni bermakna 10 tahun akan datang, umur tot 34 tahun..uiyoo banyaknye nombor..terasa diri begitu tua sekali sekarang..padahal rase macam baru semalam habis spm..huhuuu..kerjaya pn belum tentu kekal..

berbalik pada soalan..
apa yg boleh tot harapkan sekarang, moga-moga 10 tahun akn datang, tot berada di samping suami tercinta dan boleh jalan sempurna seperti sediakala..jika ditakdirkan tidak sesempurna dulu, maka tot harapkan suami tot dapat jaga tot dengan baik dan dapat berkeluarga seperti biasa..

lagi?

tu je yg dapat tot fikirkan sekarang..jawapan pn mcm tak ikut soalan kn? hehe..
tapi kalau korunk baca entri ni Ketentuan Itu Rahsia Allah, korunk tau apa masalah yg dihadapi tot sekarang..dan knp apa yg tot harapkn tu sgt penting bg tot buat masa ni..hari ni tot ada appointment dgn pakar NEUROSURGEON (BRAIN AND SPINE) kt KPJ Damansara..insyaAllah de msa nnt tot review sedikit demi sedikit apa yg dialami oleh tot..

ok selesai tugas tuk day 2..bersambung lagi..tataaaa..
wasalam..

Wednesday, July 24, 2013

WAKTU ITU...

adakalanya ruang waktu itu terlalu singkat
padahal bagi kebanyakan orang waktu itu terlalu lama
untuk aku
masa itu berlalu begitu cepat
sedangkan aku masih terkedek-kedek di sini
di mana katanya manis itu?
di mana katanya bahagia itu?
di mana katanya peluang itu?

apa yg aku harus ingat
Allah masih memberi peluang pada diri untuk mengubah segalanya
berharap dengan peluang ini dapat aku tebus segalanya
moga esok ada jalannya

sekian wasalam

Day 1: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Assalamualaikum..
berdasarkan dari entri ini 30 Day Challenge Here We Go ...

Day 1: Your current  relationship, if single discuss how single life is.

Untuk pengetahuan semua, Alhamdulillah tot sudah bertukar status dari bujang kepada belum bernikah..hehe di antara tu la..cuba fahamkan..insyaAllah ada jodoh kami akan disatukan, takkan lari gunung dikejar takkan goyah jika dijodohkan. Amiin mudah-mudahan..

tapi takde banyak beza pn dengan kehidupan single sbb boolat takde di sisi..cuma kami sering berhubung melalui teknologi, samada mesej atau call..tapi boolat sgt2 sibuk dan kami jarang call cuma sesekali mesej utk bertanya khabar..sekarang pn boolat berada di Pahang atas urusan kerja..rindu tu kadang2 timbul jugak tp kami cuba sedaya upaya utk jarang bertemu sehingga la hari itu tiba..

ada juga org kata dgn status ini akan banyak timbulnya dugaan..maklumlah, pasangan bakal membina masjid..perkara baik kn? kalau perkara baik, apa yg selalu mengganggu? harap semua faham, jadi kami berdua berusaha utk menangani segala ujian dgn tenang dan tabah..bak kata org jangan cepat melatah..

di sini tot ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana meredhai hubungan kami..Alhamdulillah..semoga dengan restu kedua ibu bapa kami, kami akan disatukan dan dapat membina sebuah keluarga baru..terima kasih mama abah..juga pakcik dan makcik..

takde banyak mende leh citer pasal ktorunk sbb tak best pn..plus segan..hehe..gambar pn takde..takpe la..bila da kawen nnt nak post gmbr byk2 kt sini..hihihi..

sekian wasalam..

Tuesday, July 23, 2013

30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Assalamualaikum..

blog ni sgt2 berhabuk sekarang..sekarang ni nak mula start balik..kene mula semula dari zero..takpe, usaha itu tangga kejayaan..

tadi saje jadi silent reader follower2 lama..tersinggah kt blog yana kenja..cube tekan nama tu, direct terus ke tajuk yg tot bg kt atas tu..disebabkan sekarang takde idea nk buat cerita apa, tot rasa mcm nk buat 30 day challenge tu..sekurang2 nya ada cerita dan hari2 tot boleh update..semoga segalanya berjalan dengan lancar..

klik pada gambar untuk lebih jelas


jadi mulai esok, tot buat mende alah ni ye..kalau sudi korunk pn boleh buat..
sekian wasalam.     =)

KETENTUAN ITU RAHSIA ALLAH

Assalamualaikum..
harap di bulan ramadhan yg mulia ni, semua nya sihat2 belaka..puasa ok x setakat ni..? ke ada yg tggl ni..?hehe..






apa yg ingin sy sampaikan di sini adalah bagaimana sesebuah aturan kehidupan itu mempunyai rahsianya yg tersendiri..sebab kita tak tahu dan tak pasti apakah hikmah di sebalik semua yang berlaku..moga2 apa yg berlaku itu dapat mematangkan diri kita sendiri..juga menguatkan iman kita dan seterusnya mengajar kita erti sesebuah ketabahan dalam diri..

pernah tak korunk terfikir, kebaikan dari setiap keburukan yg berlaku..?

mungkin pemikiran kita tidak begitu abstrak utk mengungkap segala rahsia yg telah Allah swt telah aturkan tapi tidak semestinya dengan alasan itu kita cuba menyalahkan setiap apa yg berlaku..betul tak..?

cuba ambil dari sudut positif..bayangkan segala kemungkinan positif yg bakal berlaku dalam setiap ujian yg menimpa kita..tidakkah dgn cara itu akan membuatkan kita lebih tenang utk menghadapi segala cabaran dan dugaan yg menimpa kita..kalau tak percaya, cuba lah..

mungkin sy bukan pakar motivasi yg terbaik utk menasihati orang tapi dgn cara ini sy cuba memotivasi diri sy sendiri..Alhamdulillah sy cukup tenang sekarang ni menghadapi dugaan yg cukup berat bagi sy..Allah itu Maha Berkuasa..dari Dia ia datang maka dari Dia juga penyembuhnya..

maka dgn itu sy cukup kuat utk menghadapi segalanya walaupun sebenarnya sy masih belum terima kenyataan seadanya..tapi siapakah kita sebagai hamba-Nya utk menolak segala ketentuan yg ditentukan oleh-Nya..apa yg kita boleh lakukan ialah:-
  • lebih dekatkan diri kepada Allah swt
  • amar makruf nahi munkar
  • cuba jauhkan diri dari berseorangan tanpa sesiapa di sisi
  • jangan terlalu banyak berfikir
  • berzikir
tapi tidak semestinya time2 ni baru nk ingat Allah..salah tu..cume kita perbaiki lebih lagi..yg mna sedia ada tu kita 'topap' lagi..yg mana 'tak pernah' tu, cuba 'pernah' kan..sedikit2 lama2 jadi bukit..

apa pun yg berlaku, Allah sentiasa di sisi kita..Allahuakbar kuatkan daku..

wasalam


Sunday, July 21, 2013

tawa di sebalik duka

Assalamualaikum...
semoga semua pembaca di sini sihat2 hendaknya..amiin..








adakalanya
kita akan disinggahkan dengan satu atau lebih dugaan
samada yg boleh dikendali oleh kita sendiri
atau ianya memerlukan pertolongan dari orang lain























apapun yg menimpa diri kita
kita sebagai umat Islam harus
tabah dan bersyukur dengan segala ujian yg diberi Allah
moga-moga dgn setiap ujian itu
akan mematangkan diri kita sendiri
mudah-mudahan


senyum selaluuu      =)

Saturday, July 20, 2013

KEHIDUPAN NORMAL

Assalamualaikum...
selamat berpuasa semua kepada semua umat muslimin dan muslimat..semoga di bulan Ramadhan yg mulia ini, kalian sihat2 hendaknya..

ada apa dengan tajuk tu..?
anda harus bersyukur kerana anda masih diberi peluang merasai segala nikmat yg ada di dunia ini..termasuk diri anda..
yg mana tidak tu, di sini sy ingin sampaikan satu pesanan..
kuatkan semangat..
tabah dalam segala rintangan..
positif dalam segala perkara..
jangan melemahkan diri anda dengan kekurangan yg anda alami..

sebab..sy juga ingin begitu..berlari..bersenam..berjalan seperti biasa..rinduuu....


































HEY...CHILL LA..!
kenapa sedih2 ni...?
tak elok tau sedih2 pd bulan yg mulia ni..
hidup harus diteruskan..
amal perlu ditingkatkan..
okey gambar atas tu sepupu baru sy..
maaf gmbr blur..
comel kn..?
i wish i could turn back the time..





ceria ceria selaluu
tataaaa