Thursday, November 10, 2011

kenapa letih sangat kebelakangan ni..??

Assalamualaikum...
semoga pembaca2 sekalian sihat2 hendaknya..  :)

















saban hari
mata ni rasa macam da koyak rabak
ada satu hari, terasa bawah kelopak mata ni tebal sangat
nak kelip pun rasa pedih













hari-hari mengadap skrin petak bercahaya
hari-hari baca tulisan-tulisan comel
hari-hari tatap gabenor









awan silih berganti
terasa kebosanan menghuni dalam diri

kalau sebelum ni, masa malam itu sangat lapang dan lama
kini terasa begitu singkat
tidur malamku tak lena
pagiku terasa suram
sunyi
sepi










apakan daya
itulah lumrah kehidupan
siapa yang tidak merasa semua ini
sudah pasti hatinya robot   =p








sekian wasalam
entri keletihan melanda
jaga diri semua

Monday, October 31, 2011

saye sibuk dengan Tot's cR@fT..!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua...
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..amiin...  :)



















berbalik kepada  tajuk..
cik tot sekarang memang sibuk dengan projek Tot's cR@fT ni..
ada segelintir yang sudah tahu kewujudan Tot's cR@ft..












APA itu Tot's cR@fT..??














kalau nak tahu lebih lanjut
boleh klik nama bawah ni





















sudah jenguk ke belum..??
kalau da, harap korunk sokong sepenuhnya ok..!  =)
kalau belum, meh tot jelaskan..







ini adalah hobi di masa lapang tot
di samping mencari rezeki nak kumpul duit kahwin
keh keh keh   =p



jadi masa lapang tu da takde
hari minggu tak boleh rilex
hari biasa kadang2 bersengkang mata nak siapkan tempahan
kualiti itu sangat penting
sebab tu  tot nak pesan awal2
tolong buat tempahan seminggu lebih awal tau
sebab kesemua yang dihasilkan adalah 100% buatan dan jahitan tangan









setakat ni hanya tot sorang yang siapkan segala tempahan
di samping dibantu oleh mama dan boolat
insyaAllah de rezeki lebih
boleh bukak butik Tot's cR@fT pulak..hihi..   =p
masa tu baru boleh amek pekerja sorang dua ke..
waaah tinggi ke langit harapan tu..
tapi tu semua tak mustahil kan..?
bergantung kepada usaha diri sendiri..







okey tu je nak beritahu
semoga berjalan dengan lancar hendaknya
semoga krafter2 lain pun ada inisiatif macam ni
baru orang melayu boleh maju
tapi dengan satu syarat, KUALITI itu sangat penting ok
jangan buat main ikut 'dan' je..
papai.....








sekian wasalam   =)
nah gambar due tiga ketul dari Tot's cR@fT





Sunday, October 16, 2011

kisah sebuah helmet 09102011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..semoga semua dalam keadaan sihat2 belaka hendaknya..amiin...



















sebelum kita review cerita hari ni..
jom tengok satu gambar yang sangat bermakna..
tak sangka ianya menjadi kenangan tak ternilai bagi diri tot..

sebuah helmet kuning
munkin dulu tot bangkang pembelian helmet ni
namun ianya kini menjadi kesayangan buat tot














helmet pertama buat diri tot sendiri
sebab susah nak pinjam2 helmet bila naik moto
so helmet kuning ni dibeli oleh boolat







mula2 tu tot tak suka...
"apa ni helmet warna KUNING..??ketat pulak tu..!!sakit kepala pakai helmet ni tau tak..?????"
begitulah luahan tot pada boolat
sebab die beli helmet yg tak best
huhu




tapi boolat ni sabar
die suke tenangkan tot
kalau kitorunk keluar
die selalu pesan
"helmet ni kite tak boleh tinggal..sebab helmet mucuk ni, baru lagi..jadi mucuk bawak k.."
dalam hati masa tu jawab
"bukan lawa pn helmet kuning..sape nak..?huh..!"











jadi setiap kali kitorunk keluar..
helmet ni tak pernah tinggal kat motor..
yang jadi mangsa kene bawak helmet ni, tot la..siapa lagi..
tu yang kadang2 tot suke bebel2 comel kat boolat..hihihi..
kalau park kt ktm pun, helmet ni mesti sorok dalam seat motor..









boolat selalu pesan
helmet ni 'orang' suka..
siapa yg faham golongan 'orang' tu..
mesti korunk tahu sebab apa..
tot malas nak cerita sebab nanti jd bengang pulak kat golongan2 macam ni..








berbalik pada cerita...




pada satu pagi
09102011 bersamaan hari ahad
kitorunk park motor kt ktm
helmet tinggal macam biasa
cuma kali ni bukan di dalam seat
hanya di atas motor begitu sahaja











malam 09102011
kitorunk sampai ktm semula
mata tiba2 perasan ada sesuatu berubah kat motor tu
boolat da nak ready start motor tapi kenapa die xperasan..??













tot tanya boolat..
"kenapa helmet warna hitam..?"
"kita salah motor ke..?"
sambil tu tot tinjau2 motor lain kot2 kalau betul kitorunk salah motor..























jawapan boolat masa tu
"HABIS..!"
tot tak tentu arah..tot blur..tot tak dapat fikir..
apa yang keluar dari mulut tot masa tu
"siapa amek helmet ni memang pecah kepala dia..!"
maaf atas keterlanjuran kata2 itu
mungkin dalam keadaan masing2 keletihan, tot tak dapat fikir dengan waras
cuma satu yg tot ingat pesanan dari boolat
"jangan mucuk..doa orang yang teraniaya ni makbul tau.."








tot duduk sekejap atas jalan..tiba2 je air mata ni keluar..
macam budak2 je kan..??
bukan apa..itu barang pertama tot, sedangkan tot tak pernah ada benda tu sendiri..
walaupun pada dahulunya tak suka, namun ianya telah melindungi tot..
dalam hujan, panas dan kemalangan..
macam2 tot lalui bersama helmet tu..
ianya pelengkap dan pelindung tot ketika di atas jalan..









setelah tot mendapat ketenangan untuk beberapa minit kemudian..
boolat bertanya kembali..
"nak orang tu pecah kepala ke..?"
dengan tenang tot membalas pertanyaan tu..
"semoga dia selamat dunia dan akhirat"
hanya itu yg mampu tot luahkan..









kini tiada lagi helmet kuning
yang ada helmet bogo hitam mati
helmet yg ditukar oleh 'orang' tu
besar..busuk..longgar..xlembut dalamnya..
tapi apakan daya, tot terpaksa pakai buat sementara waktu..




kepada yang mungkin pernah terlibat kes ni..
samada mangsa atau pemangsa
kepada mangsa - janganlah anda bersikap gelojoh dan kata yang bukan2
kepada pemangsa - janganlah anda ambil hak orang walaupun dengan pertukaran sekalipun
hak tidak dapat ditukar ganti seperti anda menukar pakaian seharian


sekian wasalam..

Tuesday, September 20, 2011

ku hilang ketawa

assalamualaikum...
selamat petang semua..!!cik tot yg ceria kembali lagi..haha..  :D


tajuk macam bunyi sedih..ye tak..?tapi sebenarnya, itu salah satu ayat dalam lirik lagu..
siapa pandai, jom main teka2..  =p









hihi...bukan nak main teka2..
tapi nak tanya pendapat korunk..
siapa yang masih belom ada lesen..??
 kereta ke, motor, ke, lori ke, bas ke..
semua lesen kenderaan bermotor..








kalau belum ada
cuba tanya diri masing2..
adakah anda bersedia untuk mematuhi undang2 jalan raya..??
bersedia mengalami perasaan teruja memandu kereta atau motor..?
bersedia menghadapi pemandu atau penunggang lain..?
bersedia mengalami peristiwa pahit manis yg akan mendatang..?











korunk bersedia ke dengan semua tu..??








kalau jawapannya tidak untuk semua soalan
atau salah satu soalan
disarankan untuk tidak perlu mengambil sebarang lesen kenderaan bermotor









bukan apa..cuba tengok keadaan sekarang..
kemalangan berleluasa sana sini..
tot sendiri pernah kemalangan dan hampir2 kemalangan itu sudah pasti..
cuba bayangkan, kalau kemalangan ini berpunca dari mereka atau anda sendiri yg tidak bersopan santun di atas jalanraya..?
bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa, pihak2 tertentu harus pantau..
lebih2 lagi ketatkan undang2 pengambilan lesen..
maaf jika ada yg tidak bersetuju..ini hanya pendapat peribadi..
tidak ada kene mengena dengan yg hidup mahupun mati..
sekian..













kepada mereka yg sudah memilik lesen kenderaan bermotor..
sila berhati-hati di jalanraya..
dan juga sila hormat-menghormati antara satu sama lain..
ingat yang tersayang..
sekian wasalam..





p/s:  sebenarnya tot nak upload gambar2 kemalangan supaya ada timbul kesedaran kepada pembaca..tapi tot tak sanggup nak tengok..takut xtidur malam..google sendiri la ye..tataaa...  :)

Monday, September 19, 2011

sedih dengan kewujudan kamu

macam mana nak sembunyikan perasaan ni..saya dapat tahu sesuatu di sebaliknye..bukankah itu akan membuat hati kite terluka??

macam mana boleh tau??
naluri seorang perempuan..lama da perkara ni berlaku..mungkin tiada bukti..kalau ada bukti??apa yg bakal saya lakukan?

menangis..meraung..termenung..xmakan..

tidak akan menyelesaikan masalah..
awak..kalau awak baca ni, tolong sedar secepat mungkin..sebelum saya terjaga dan pergi..atau itu yg awak mahukan?

Monday, September 5, 2011

selamat hari raya aidilfitri semua..!!!!

Assalamualaikum..
alhamdulillah 1 syawal sudah pun berlalu..hari ini adalah hari yg ke 7 syawal...bermakna hari raya yg ketujuh..itu jugak bermakna, tot da mula puasa enam pada hari ini..moga2 perjalanan ibadat puasa tot kali ni berjalan dengan lancar..semoga puasa enam kali memberi seribu rahmat dalam diri tot dan juga mama juga kepada mereka yang berpuasa enam pada tahun ini..insyaAllah..











sebenarnya bukan nak bercerita tentang puasa enam..
tetapi raya raya tot, keluarga dan juga kawan2 pada tahun ini..
alhamdulillah, walaupun umur semakin meningkat..
namun suasana raya aidilfitri tetap dirasai..
bersama keluarga dan sanak saudara..
tak lupa juga kepada kawan2 sekolah tot..
mereka telah menghilangkan kerinduan tot dengan beraya bersama2 pada kali ini..
dengan masing2 sudah mempunyai kerjaya masing2..
dan juga yang masih belajar..
apa yang penting, persahabatan tetap  tak dilupakan..














dengan itu, jom kita lihat gambar tot bersama kawan2..
gambar bersama keluarga xdapat upload sebab gambar pakai baju raya xsempat snap..huhu..










SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
ANDAI KATA ADA TERSALAH BICARA, KU POHON MAAF DI HARI YANG MULIA INI..

Thursday, August 25, 2011

Assalamualaikum..
tot pasti korunk semua ada jiran kan..?tipula kalau xde, melainkan kome tu duduk hutan..huhu..










hidup berjiran ni memanglah best
dapat kawan baru
kalau ade pakwe encem kat sebelah, boleh ngorat..  =p









paling BEST sekali
bila kat rumah xtau nak masak ape
free2 je lompat rumah jiran sebelah gi makan banyak2  =0
hihihi

















TETAPI..!!

ada perkara yang amat2 merimaskan dan membelenggu diri ini...
dan sangat2 menganggu emosi..
(kenapa ek blog ni jadi tempat meluahkan..??)
ermmm    blubbb....blubb....blubb... \(0.0)/















bukan nak kaitkan dengan sesiapa
cuma ini mungkin sedikit perasaan
saya hanya manusia biasa





mintalah kepada jiran tetangga, janganlah anda bersikap seperti andalah raja segala penghuni di situ..kami tahu kami penduduk baru..dan mungkin kami belum masak dengan perangai kalian..atau mungkin kami ni tidak reti bergurau secara kasar..??ermm mungkin...     kami juga bukanlah ingin mewujudkan peraturan baru, cuma kami perlukan ruang untuk kami juga sedangkan kami di situ bukan menghuni secara percuma..kepada 'jiran tetangga' sekalian, jika anda ada yang tidak berpuas hati sila berjumpa dan bersua muka dengan kami..kami sedia menanti kehadiran kalian..marilah kita hidup tanpa perlu membeza2 kan, ada juga baiknya kerana kita akan saling memerlukan kelak..fikir2 kan lah..  :)



ada perkara masih belum selesai.... :'(

Assalamualaikum..
harap2 segalanya berjalan dengan lancar..amiin..  :)

Wednesday, August 10, 2011

sapaan rahmat Illahi

Assalamualaikum..
selamat berpuasa di hari yg kesepuluh...pejam celik..tup tup da hari kesepuluh kita di bulan ramadhan..alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun ketika ini tot masih tidak berapa sihat..oo tekakku sangat memerlukan air..cian die..  :'(




kali ni buat nak sedikit kata2/ puisi/ sajak/ coretan..??pape jela, asalkan sesiapa yang membacanya dapat faham isi kandungannya..
















deruan angin ketika hujan membasahi bumi
kepulan awan dingin menguasai langit
pohon jalanan melambai2 ceria
menyaksikan rahmat dari Illahi






dan ketika itu kukuakkan jendela
angin dingin menyapa pipi sopannya
senyuman terukir dek sapaan angin
melahirkan ketenangan yang bersembunyi di baliknya



sapaan mesra berpanjangan
"kak kenapa kau senyum keseorangan..?"
jantung terdetik lamunan yang jauh


titisan hujan semakin menipis
langit cerah silih berganti
matahari berkaca mata menampakkan diri
suasana ceria menggamit hari







ku langkahkan kaki berlarian keanakan
berdiri di atas karpet hijau disulami titisan air jernih
mendongak ke langit menyapa udara yang segar
"subhanallah..indahnya bumi..!  :)"
sambil menyimpulkan senyuman termanis ketika itu









begitulah di saat aku dihiasi kerinduan..segala yang berlaku adalah yang termanis dan tiada siapa mampu mengubahnya..perasaan itu kini menyelubungi diriku..bunga-bunga mula mekar di taman hatiku..ouww malulah sayer..  =p
sekian wasalam..

Tuesday, August 9, 2011

berjurai jurai......

Assalamualaikum..
cume nak bitau..semalam adalah hari yang paling "S**K*..!!" bak kata 'omputih'...semalam adalah hari yang paling "W**S*..!" bak kata mat salleh..semalam juge adalah hari yg paling "T***K...!!" bak kata orang melayu..namun semalam adalah hari yang paling "tidak bernasib baik" bak kata cik tot..huhuhuu...









(gambar hiasan)
dimulai dengan hanya setitis














































(gambar hiasan)
then,
"my face turn out exactly like this.."















bile da penat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(gambar hiasan)
hanya ini yang mampu tot lakukan
diam beristighfar
mengucap banyak
dan meredhakan segalanya















alhamdulillah..
terapi yang cukup bermakna tatkala
diri tak mampu menghadapinya
semoga segalanya pulih seperti sedia kala














renungan bersama:
sayang itu lahir dari hati, tidak dibuat2 dan tidak direka2..

i'm sorry for my weaknesses..

Assalamualaikum...
hari ni tot bekerja berseorangan lagi..huhu..kepada sesiapa yg pernah bca entri sebelum ni, tot kata nk buat free gift kan..?tapi masalahnya tiada sambutan, mungkin sebab tiada masa nak jalan2 menguar2 kan cerita ni..tapi berita baiknya, tot tetap akan buat..mungkin sebelum raya atau selepas raya..nanti tot akan update kemudian k..minta maaf kepada nunama, syair si para para dan macam betul..



nah..hadiah untuk korunk..!
hihi..gambar ihsan google lagi..  =p
ampuunss..

Monday, August 8, 2011

khayalan menenangkan diri paling MUJARAB..!

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua umat muslim yg sedia dan setia menyahut cabaran dan dugaan Allah swt untuk menahan diri daripada sebarang nafsu sempena bulan puasa yang penuh keberkatan ini..semoga kalian sihat2 hendaknya dan semoga segalanya berjalan dengan lancar..amiin..



kali ni tot nak kongsi serba sedikit perasaan gembira..gembira yg macam mana..??gembira yg memberi ketenangan dalam diri tatkala diri dibelenggu kesulitan samada di tempat kerja, di luar mahupun di rumah..ada beberapa perkara yg mampu memberi ketenangan pada diri tot dan kadang kala ianya akan membuatkan tot alpa dan lupa seketika masalah yg dihadapi..






(gambar ihsan google)
beginilah caranya..
hirup udara segar
berdiri di tepi pantai yg damai





(gambar ihsan google)
berjalan di atas pasir yg halus lagi mulus







(gambar ihsan google)
berbaring di atasnya menampakkan kasut yg comel












(gambar ihsan google)
sambil diselimuti awan yg membiru

















waAAAhh..!!!
best kan perasaan tu..??
sebenarnya itu semua adalah khayalan belaka..hahaha...
mana sempat tot nak pergi tepi pantai yg indah tu..huhu..
lagi2 dok bandar ni haa..jauh bukan main kalau nak pergi pantai..huh..









kepada sesiapa yg berdekatan dengan pantai, boleh cuba cara2 ni..insyaAllah korunk akan dapat ketenangan yg dicari..


p/s: cara yg paling bermakna dan mujarab sekali adalah duduk menghadap Ilahi, berdoa diberi petunjuk-Nya dan bacalah ayat2 suci al-quran..  :)









Wednesday, July 27, 2011

ade sesiapa nk free gift..??

assalamualaikum...
haa cm best tajuk kan..?tapi itulah realiti..tot ingat nk buat free giftaway..
kalau ade sesiapa berminat, sila undi kt comment..kalau ramai yg nk join, tot akan buat..btau la kawan2 semua k..








hadiah diberi selepas raya..
contest berlangsung sehingga sebulan..
itupun kalau ramai yang  bg feedback kt entri ni..
terima kasih..
(gambar gift tu akan diupload kemudian..itupn kalau btol2 ramai yg nak join)






APALAGI...CEPAT2 AJAK KAWAN2 SEKALI..!!
SEMINGGU ENTRI NI BERTAHAN, KALAU FEEDBACK OK..
MINGGU DEPAN AKAN START..!!  =)

Wednesday, July 13, 2011

oo oo tanjat boboi..! =p

Assalamualaikum..
haaa rasa2 nye semua da tau pe tu 'tanjat boboi' kan..?kalau xtau memang rugi besar la...tapi sebenarnye tot pn xtau dr mana asalnya..cume dapat tau datangnya dari maharaja lawak..hihihi..  =p

















CHOP..CHOP..CHOPPP...!!!!!
sebenarnya bukan itu yang ingin diceritakan di sini..
tetapi apa yang tot lalui pada hari jumaat, sabtu, ahad, isnin, selasa dan rabu...
enam hari yang sangat2 perit untuk tot..
dan juga mungkin berlarutan  sehingga esok dan esok dan esok.....huhu..  :'(




SCENE 1:
=> hari jumaat..apa yang telah berlaku ialah, tot telah 'shot' kan duit bernilai RM100..!!duit orang pulak tu..oit gaji berapa hari tu baru leh bayar balik tau x..??huhu...tapi apakan daya, semua telah berlaku..

SCENE 2:
=> tot telah dikunci oleh pak guard..!beg tinggal, enset tinggal, helmet kuning tinggal..haih macam2 tinggal..tot takut kene tinggal je xleh balik, sbb enset tertinggal kt dalam..uwawawaaa....

SCENE 3:
=> terpaksa menunggu guard sebab kunci yang dipegang telah dibawa ke mana xtau..huhu..tunggula tot tercongok kat depan pndok pengawal tu..huhu..

SCENE 4:
=> kene marah ngan guard..tetiba je..ish ish ish...

SCENE 5:
=> tekak pedih hari jumaat tu selepas balik dari dugaan yang sangat *****....   =p

SCENE 6:
=> hari sabtu malam, kene belanja tiga family termasuk family tot sendiri..ini sudah dijanjikan dari gaji yang pertama dulu tapi apakan daya, bukan rezeki waktu tu..akhirnya telah dirancang sabtu malam pukul 10 di restoran aroma ikan bakar jeram..sape tau angkat jari..!!sedap makan kt sini..  =)

SCENE 7:
=> keluar tengok wayang..cerita transformer...besh besh besh..!!cume yang xbest nye, tiba2 tot rasa sejuuk sangat kt dalam panggung tu..bukan sbb air-cond tp xtau nape..dengan sejuk teramat, tiba2 gatal tekak teramat..sebelum masuk panggung, tot da termuntah..tapi jangan risau, muntah dalam toilet..

SCENE 8:
=> dalam mengamati cerita aksi transformer dalam versi 3D tu..tiba2 badan tot panas sangat..macam orang demam..da menggigil2 kt dalam tu..huhu..

SCENE 9:
=> habis cerita terus balik sebab lemah tak terdaya..mungkin sbb banyak air da terkeluar lepas muntah tu..lepas tu ngan sejuuk dan batok tak henti2 dan badan semakin panas..

SCENE 10:
=> sampai rumah, terus KEBOOOOMMmm..!!!pengsan tak sedar diri sampai petang sebab tak larat sangat...

SCENE 11:
=> petang tu keluar depan rumah amek angin petang2..sembang2 dengan jiran2 dan orang2 yang terlibat untuk makan malam nanti..petang yang masih agak panas tu, boleh tot keluar sambil pakai sweater tebal..memang xrasa panas tapi rasa sejuuk sangat..SAH..!memang demam..nk tau pe mama kata..??
"kakak terkejut ke sebab nak belanja TIGA family malam ni?"
oopsss...!hehe  =p

SCENE 12:
=> sakitnye kepala malam itu..jalan pn terhuyung-hayang..nak cancel, da plan lama..xelok kan..?gagahkan diri pergi jugak malam tu..dalam perjalanan tido je..da sampai pn lentok ag atas meja..huhu..
seperti gambar, janga tertipu sebab itu bukan tot..  =p


SCENE 13:
=> malam tu makan kerapu masam manis, siakap stimbot, udang goreng tepung, ketam goreng pe ntah, kailan ikan masin dan paling istimewa sekali..pepahat..haa sape nah makan..??

SCENE 14:
=> lepas makan je terus okey sakit kepala..hihi..dalam perjalanan pulang tu, Allah...!!uwek sekali lagi xsempat berhenti..selamat dalam kereta..haha sedih..!bila rasa nak terkeluar lagi, cepat2 suh abah berhenti..lari la pe lagi..sampai xsempat pakai selipar..huhu..

macam ni la muka tot bile tak sihat waktu tu..


SCENE 15:
=> ahad pagi bangun ceria...  =)
sambil menyulam dan menyiapkan 'pillow' tempahan khas..rileks je, demam pun da kebah..tengah hari mama suh siap2 nak pergi kenduri..lepas siap tu tiba2 sejuuk balik..rasa semacam je..siap pesan kt mama, boleh pergi tapi balik cepat jangan lambat2..sampai kat majlis, tiba2 sejuuk datang kembali...kali ni serius tot sejuk sangat dari semalam..menggigil, tangan kaki semua sejuk macam baru keluar dari peti ais..

SCENE 16:
=> balik terus baring atas sofa..xkira waktu panas ke ape ke..tot pakai sweater tebal, selimut tebal..selubung satu badan..kalau boleh diukur tahap kepanasan suhu badan tot waktu tu, kemungkinan besar lebih 40..bangun tidur..bangun dan tidur sampai satu sofa to hot..!haha..

kalau demam, macam ni...comel kan..? hak hak hak  :D


SCENE 17:
=> isnin untuk mulakan kerja..!apakan daya sakit kepala bermaharajalela...mc akhirnya satu hari..

SCENE 18:
=> selasa pergi kerja..semua orang ingatkan tot terkejut sebab shot duit RM100..hehe...xde maknanya nak terkejut sampai demam..tot kan kebal..  =p
tapi satu hari ni asik batok je..da kene jaga lesen satu hari..lepas tu gatal tekak pulak time serve public..adoi..!!merana nak habiskan dua bil macam satu jam..!tak tahan sangat, terpaksa lari xsempat inform sesiapa yang tot pergi toilet..akhirnye, termuntah juge...nasib sempat pergi toilet..huhu..

bila time perit gatal tekak, tot akan wat muka macam ni dalam toilet..huhu











begitulah kejadian2 yang berlaku pada tot dalam enam hari ni..demam panas, batok2, sakit tekak, muntah2, sakit kepala dan akhirnya suara rock..alhamdulillah semua semakin pulih walau batok dan sakit tekak masih tertinggal..kepada semua, jagalah kesihatan anda pada waktu2 sekarang ni..tambah2 lak sekarang ni jerebu..take care semua...  =)
wasalam..

Monday, June 27, 2011

pemanis waktu senggangku

ini adalah sticky post khas untuk contest yang tot sertai
setelah ditag oleh cik alia yg comel
sila ke bawah untuk baca entri yang terbaru..  =)

Assalamualaikum
perhatian kepada semua pembaca dan pengunjung My mEssY wOrLd
ini adalah contest yang dianjurkan oleh Dr. Siti Hamidah
sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang contest ini
boleh merujuk di link ini =>> Contest Dr. Siti Hamidah dot com

dengan ini tot ingin laksanakan syarat yang ke-5 iaitu
tag 3 orang rakan blogger
dan mereka yang terpilih dan bertuah untuk dipilih oleh tot:

kepada mereka yang bertuah tu..hehe  =p
sudilah ye korunk join sekali
mana tau menang, leh share2..  =p


*********************************************************************************

Assalamualaikum pembuka bicara dituju kepada pembaca muslimin dan muslimah..selamat sejahtera ditujukan kepada pembaca bukan muslim..Andai kata hari ini ditakdirkan kita bertemu jodoh, maka bertemulah kita dengan takdir yg ditentukan Allah..

Hari ni tot nak ceritakan serba sedikit memori ketika umur tot dalam lingkungan 4 - 6 tahun..umur kecil tot ketika itu mempunyai pelbagai memori pahit dan manis yang kadang-kala bila diingat kembali, ia merupakan saat yang paling manis dalam hidup tot..sehingga sekarang, ianya masih segar di ingatan walaupun sudah 16 tahun berlalu, namun segala memori ketika itu bagaikan baru semalam terjadi..



ketika berumur 4 tahun..
dan ketika mencecah umur inilah, kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini..
mula diceriakan dengan pelbagai gelagat diri sendiri dan juga kawan2..
saat ini juga kita mula merasakan apakah itu persahabatan, perasaan, kebebasan..
dengan langkah yang masih goyah dan larian yang agak tunggang terbalik..
namun di sini sudah mula coraknya kehidupan..
kehidupan yang diceriakan dengan perkenalan sahabat2 di sekeliling rumah..
perkenalan jiran2 tetangga..
ketika umur ini, segala perkara kita akan cuba untuk lakukan..
jiwa ingin tahu itu membuak2 dan meronta jiwa..
setelah itu wujud perasaan ingin berkawan..
perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru..
main sakit2 masuk hospital, main kejar2, main nyorok2, main lego, main jalok2 itik, main masak2, main mekap2..
pelbagai jenis permainan bermain2 di fikiran..
sehinggakan waktu yang dibataskan dilanggar begitu sahaja..







ketika berumur 5 tahun
di saat umur makin meningkat
segala permainan dan perasaan berkawan semakin membuak2
kawan yang bertambah, dari sebelah rumah hingga ke satu taman
dari permainan budak2 ke permainan yang begitu mencabar
belajar naik basikal roda dua, campak gasing, main batu seremban, jentik2 karem, main kasut roda empat 
dimulakan dengan berjinak2 sehingga berjaya menguasai setiap permainan
akhirnya perlumbaan diadakan
jangan risau ianya adalah halal belaka
sehinggakan diri ini mempunyai majoriti kawan lelaki
dan disebabkan itu jiwa ini agak kelelakian sedikit..  =p

sehingga suatu hari
berkaitan dengan basikal
diri ini yang bertubuh kecil ketika itu dilenyek basikal oleh seorang dewasa
di mana dewasa ketika itu bagi budak berumur 5 tahun ialah pelajar sekolah rendah
yang akhirnye membawa padah di mana mengalami kecederaan yang agak serius
serius bagi budak berumur 5 tahun
sehingga didukung oleh salah seorang jiran dan dibawa pulang
kesannya, kedua2 lutut cedera parah (hanya bagi budak berumur 5 tahun)
menangis tiada henti menahan kesakitan bagaikan nyawa mahu tercabut dari jantungnya
saat itu adalah saat paling memeritkan dan mengerikan
namun akhirnya ditertawakan ibu dan ayah kerana menangis
itulah yang dikatakan 'budak tidak tahu malu'
kerana menangis di depan orang walaupun hanya mengalami kecederaan di lutut sahaja



ketika berumur 6 tahun
jiwa kebudakan dirasakan seperti seorang dewasa
cukup memahami dunia luar dan pandai jaga diri sendiri
lebih2 lagi, umur ini adalah wajib bagi semua anak2 masuk ke sekolah tadika
dan ketika itulah meraung2 melihat ibu bapa meninggalkan diri yang begitu kerdil di sebuah sekolah
sehinggakan terjadi sebuah kejadian yang tidak diingini iaitu muntah di hadapan pintu masuk tadika..kesian cikgu yang kene bersihkan muntah tot..huhu..
sudah dirasakan cukup dewasa..mula melangkahkan diri yang 'tidak tahu malu' ke rumah jiran..
di mana jiran kiri dan kanan adalah rumah bujang..iaitu rumah yang dihuni oleh sekelompok lelaki..
bayangkan seorang budak perempuan yang cilik melangkahkan kakinya menjejak ke rumah sekelompok lelaki dewasa..
yang akhirnya rumah itu menjadi tempat lepak tot dan tidak bermain di luar ketika waktu2 yang dibataskan..
kadang kala sampai tertidur, melahap dan kenyang baru balik, main gitar, belajar tengok buku gitar walaupun ketika itu masih baru mengenal huruf..
abang lan, abang nizam, abang ajoi dan abang man..merekalah yang mendiami kediaman itu..



selain daripada itu, memori ke sekolah bersama2 teman..
melangkahkan kaki ke rumah setiap jiran, dan memekik2 nama2 teman2 seperjuangan tadika..
dan setelah dikumpul beramai2, kami berkonvoi ke sekolah tadika dengan berjalan kaki..tiada saat yang terindah selain memori ketika waktu kecil dahulu..memori2 yang pernah terpahat itulah segala pengubat rindu tatkala kita bersendirian..oleh itu hargailah kehidupan kita seadanya walaupun terlalu pahit untuk ditelan..kita perlu percaya dan yakin bahawa itu semua mempunyai hikmah yang tersendiri dan juga pasti akan ada ganjarannya kelak...insyaAllah..




*********************************************************************************

sekian tamatlah segala memori ketika waktu kecil dahulu..mungkin tidak sempurna seperti apa yang penganjur cari, namun inilah yang mampu tot hasilkan untuk menggarapkan segala memori waktu kecil2 dahulu..tak lupa juga kepada yang bertuah, sila lakukan tanggungjawab anda dengan 'gumbira'..  =)








p/s: ni ayat je lebih..saje nak pancing..hik hik hik  =D

Sunday, June 26, 2011

pada suatu hari....

Assalamualaikum..
terima kasih Ya Tuhan kerana telah mengkurniakan kami sebuah persahabatan..sebuah persahabatan yang kekal hingga kini dan tidak ternilai harganya..sebuah persahabatan yang kini menjadi sebuah perkenalan yang paling bermakna..


die kapak dan die boolat






muke due orang yang ngah bahagia tu
macam gangster je kan..?
tapi mereka adalah orang yang paling setia di sisi dari dulu hingga kini
walau ape pun yang terjadi, kami tetap bersama
yang sorang sangat rocker
yang sorang sangat cool dalam apa jua keadaan
mereka pengubat rindu  =)









apa lagi yang boleh dikatakan?
jika mempunyai sahabat dan teman..
kita sudah mampu mengangkat tangan dan bersyukur ke hadrat Illahi..
bersyukur tak terhingga..
kerana mereka peneman kita di kala sunyi..
mereka juga berada di sisi di kala ditimpa kesulitan..









hargailah sebuah persahabatan yang telah terjalin
janganlah kita merobohkannya hanya kerana sekecil kuman silapnya
die juga manusia..kita juga manusia
manusia tidak lekang dari melakukan kesilapan
oleh itu, hargailah mereka selagi hayat dikandung badan








terakhir sekali
inginku memohon maaf kepada teman2 yang mungkin sebelum ini pernah disakiti...
mahupun secara sengaja atau tidak sengaja..
apapun yang berlaku, kamu tetap teman2 ku...
sekian wasalam..