Wednesday, October 9, 2013

MASIH DALAM PROSES PEMULIHAN

Assalamualaikum..

Ahamdulillah 27/8/2013 tot telah selamat dibedah atas penyakit yg rare iaitu "SPINAL CORD TUMOUR"..sekarang masih berehat di rumah..doktor bg cuti rehat selama dua bulan..25hb ni kne checkup lg dan buat ujian MRI utk melihat perkembangan tumour yg telah dibuang..samada masih ada atau sebaliknya..



insyaAllah ada masa tot akn review pasal penyakit ni..


sekarang ni ngah mood nak prepare untuk majlis tot dan boolat yg akan berlangsung tahun depan..insyaAllah..tarikh?? once da confirm baru tot akan publish kt sini..setakat ni biarlah org tahu majlisnya insyaAllah tahun depan..


nak tgk gambar tot dalam ward x..? jom....




 masa ni kt ward HDU..sehari selepas dipindahkan dr ICU..sehari selepas pembedahan..
wayar2 sume masih kene lekat kt badan
tekanan darah semua cek automatik setiap bpe jam sekali xpasti

ni adalah boolat..
Alhamdulillah masa tot dalam bilik operation, mama abah kata dia sentiasa ada tunggu

masa ni da duduk ward biasa
betul2 lepas doktor confirm keadaan tot stabil
masa ni sejuk xingat, tu yg selubong
masa ni tiub tuk keluarkan drh saki baki tmpt operation pn xcabut lg








okey tu je setakat ni..
insyaAllah de msa tot akan review keseluruhan kisah bersejarah tot
harap sembuh seperti sedia kala
dapat jalan dengan sempurna pn da cukup berharga buat tot
terima kasih mama abah boolat byk sgt bg semangat kt tot
tak lupa juga kawan2 yg lain
sayang korunk semua



dari Allah penyakit itu datang, maka dari Dia jugalah penyembuhnya
kita hanya perlu percaya, yakin, berdoa, berusaha dan bertawakal
sekian



Friday, July 26, 2013

Day 3: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Assalamualaikum..
rentetan dari entri ini Day 2: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Day 3: Your views on drugs and alcohol

Apa yg tot boleh review pasal dua mende ni, ada kebaikan dan juga keburukannya yang tersendiri. Kebaikannya dari segi perubatan la sebab kalau korunk nak tahu, sebenarnya setiap ubat yg dibekalkan kepada kita samada oleh klinik/hospital/farmasi mempunyai kandungan drugs tetapi masih dalam kawalan. Haa terkejut..?? Jangan risau ianya tak memudaratkan selagi kita ambil ubat2 itu dalam kuantiti dos yang telah direkemenkan oleh doktor yg bertauliah. Cuma ianya boleh memudaratkan ataupun membawa kepada kematian jika diambil secara berlebihan. Jadi berhati-hati, lebih2 lagi tolong simpan baik2 dan jauhkan dari kanak2 terutamanya.

Alkohol ni setakat yg tot tahu ianya memang haram bagi semua umat Islam. Jadi nak taknak memang memang memaaaang kene jauhkan diri dan elakkan dari mengambil sebarang minuman berunsur alkohol. Tapi dalam minyak wangi pn ada alkohol kn..? Tapi kalau kita pakai tak haram cume ianya tidak boleh dibawa solat. Ermm taknak cakap lebih2 sebab tot tak berapa arif tentang perkara ni. Cuma apa yg boleh tot pesan, JANGAN ambil minuman beralkohol tau!

Selain tu, kedua-dua ini mempunyai keburukan yg tidak asing lagi..semua mesti dah tau..jadi takyah tot citer banyak2..hehe..

ok tataa..

Thursday, July 25, 2013

Day 2: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Assalamualaikum..

sambungan dari entri ini Day 1: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO...


Day 2: Where you'd like to be in 10 years.

kalau dikira dari tarikh hari ni bermakna 10 tahun akan datang, umur tot 34 tahun..uiyoo banyaknye nombor..terasa diri begitu tua sekali sekarang..padahal rase macam baru semalam habis spm..huhuuu..kerjaya pn belum tentu kekal..

berbalik pada soalan..
apa yg boleh tot harapkan sekarang, moga-moga 10 tahun akn datang, tot berada di samping suami tercinta dan boleh jalan sempurna seperti sediakala..jika ditakdirkan tidak sesempurna dulu, maka tot harapkan suami tot dapat jaga tot dengan baik dan dapat berkeluarga seperti biasa..

lagi?

tu je yg dapat tot fikirkan sekarang..jawapan pn mcm tak ikut soalan kn? hehe..
tapi kalau korunk baca entri ni Ketentuan Itu Rahsia Allah, korunk tau apa masalah yg dihadapi tot sekarang..dan knp apa yg tot harapkn tu sgt penting bg tot buat masa ni..hari ni tot ada appointment dgn pakar NEUROSURGEON (BRAIN AND SPINE) kt KPJ Damansara..insyaAllah de msa nnt tot review sedikit demi sedikit apa yg dialami oleh tot..

ok selesai tugas tuk day 2..bersambung lagi..tataaaa..
wasalam..

Wednesday, July 24, 2013

WAKTU ITU...

adakalanya ruang waktu itu terlalu singkat
padahal bagi kebanyakan orang waktu itu terlalu lama
untuk aku
masa itu berlalu begitu cepat
sedangkan aku masih terkedek-kedek di sini
di mana katanya manis itu?
di mana katanya bahagia itu?
di mana katanya peluang itu?

apa yg aku harus ingat
Allah masih memberi peluang pada diri untuk mengubah segalanya
berharap dengan peluang ini dapat aku tebus segalanya
moga esok ada jalannya

sekian wasalam

Day 1: 30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Assalamualaikum..
berdasarkan dari entri ini 30 Day Challenge Here We Go ...

Day 1: Your current  relationship, if single discuss how single life is.

Untuk pengetahuan semua, Alhamdulillah tot sudah bertukar status dari bujang kepada belum bernikah..hehe di antara tu la..cuba fahamkan..insyaAllah ada jodoh kami akan disatukan, takkan lari gunung dikejar takkan goyah jika dijodohkan. Amiin mudah-mudahan..

tapi takde banyak beza pn dengan kehidupan single sbb boolat takde di sisi..cuma kami sering berhubung melalui teknologi, samada mesej atau call..tapi boolat sgt2 sibuk dan kami jarang call cuma sesekali mesej utk bertanya khabar..sekarang pn boolat berada di Pahang atas urusan kerja..rindu tu kadang2 timbul jugak tp kami cuba sedaya upaya utk jarang bertemu sehingga la hari itu tiba..

ada juga org kata dgn status ini akan banyak timbulnya dugaan..maklumlah, pasangan bakal membina masjid..perkara baik kn? kalau perkara baik, apa yg selalu mengganggu? harap semua faham, jadi kami berdua berusaha utk menangani segala ujian dgn tenang dan tabah..bak kata org jangan cepat melatah..

di sini tot ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibu bapa kami kerana meredhai hubungan kami..Alhamdulillah..semoga dengan restu kedua ibu bapa kami, kami akan disatukan dan dapat membina sebuah keluarga baru..terima kasih mama abah..juga pakcik dan makcik..

takde banyak mende leh citer pasal ktorunk sbb tak best pn..plus segan..hehe..gambar pn takde..takpe la..bila da kawen nnt nak post gmbr byk2 kt sini..hihihi..

sekian wasalam..

Tuesday, July 23, 2013

30 DAY CHALLENGE. HERE WE GO.

Assalamualaikum..

blog ni sgt2 berhabuk sekarang..sekarang ni nak mula start balik..kene mula semula dari zero..takpe, usaha itu tangga kejayaan..

tadi saje jadi silent reader follower2 lama..tersinggah kt blog yana kenja..cube tekan nama tu, direct terus ke tajuk yg tot bg kt atas tu..disebabkan sekarang takde idea nk buat cerita apa, tot rasa mcm nk buat 30 day challenge tu..sekurang2 nya ada cerita dan hari2 tot boleh update..semoga segalanya berjalan dengan lancar..

klik pada gambar untuk lebih jelas


jadi mulai esok, tot buat mende alah ni ye..kalau sudi korunk pn boleh buat..
sekian wasalam.     =)

KETENTUAN ITU RAHSIA ALLAH

Assalamualaikum..
harap di bulan ramadhan yg mulia ni, semua nya sihat2 belaka..puasa ok x setakat ni..? ke ada yg tggl ni..?hehe..






apa yg ingin sy sampaikan di sini adalah bagaimana sesebuah aturan kehidupan itu mempunyai rahsianya yg tersendiri..sebab kita tak tahu dan tak pasti apakah hikmah di sebalik semua yang berlaku..moga2 apa yg berlaku itu dapat mematangkan diri kita sendiri..juga menguatkan iman kita dan seterusnya mengajar kita erti sesebuah ketabahan dalam diri..

pernah tak korunk terfikir, kebaikan dari setiap keburukan yg berlaku..?

mungkin pemikiran kita tidak begitu abstrak utk mengungkap segala rahsia yg telah Allah swt telah aturkan tapi tidak semestinya dengan alasan itu kita cuba menyalahkan setiap apa yg berlaku..betul tak..?

cuba ambil dari sudut positif..bayangkan segala kemungkinan positif yg bakal berlaku dalam setiap ujian yg menimpa kita..tidakkah dgn cara itu akan membuatkan kita lebih tenang utk menghadapi segala cabaran dan dugaan yg menimpa kita..kalau tak percaya, cuba lah..

mungkin sy bukan pakar motivasi yg terbaik utk menasihati orang tapi dgn cara ini sy cuba memotivasi diri sy sendiri..Alhamdulillah sy cukup tenang sekarang ni menghadapi dugaan yg cukup berat bagi sy..Allah itu Maha Berkuasa..dari Dia ia datang maka dari Dia juga penyembuhnya..

maka dgn itu sy cukup kuat utk menghadapi segalanya walaupun sebenarnya sy masih belum terima kenyataan seadanya..tapi siapakah kita sebagai hamba-Nya utk menolak segala ketentuan yg ditentukan oleh-Nya..apa yg kita boleh lakukan ialah:-
  • lebih dekatkan diri kepada Allah swt
  • amar makruf nahi munkar
  • cuba jauhkan diri dari berseorangan tanpa sesiapa di sisi
  • jangan terlalu banyak berfikir
  • berzikir
tapi tidak semestinya time2 ni baru nk ingat Allah..salah tu..cume kita perbaiki lebih lagi..yg mna sedia ada tu kita 'topap' lagi..yg mana 'tak pernah' tu, cuba 'pernah' kan..sedikit2 lama2 jadi bukit..

apa pun yg berlaku, Allah sentiasa di sisi kita..Allahuakbar kuatkan daku..

wasalam


Sunday, July 21, 2013

tawa di sebalik duka

Assalamualaikum...
semoga semua pembaca di sini sihat2 hendaknya..amiin..








adakalanya
kita akan disinggahkan dengan satu atau lebih dugaan
samada yg boleh dikendali oleh kita sendiri
atau ianya memerlukan pertolongan dari orang lain























apapun yg menimpa diri kita
kita sebagai umat Islam harus
tabah dan bersyukur dengan segala ujian yg diberi Allah
moga-moga dgn setiap ujian itu
akan mematangkan diri kita sendiri
mudah-mudahan


senyum selaluuu      =)

Saturday, July 20, 2013

KEHIDUPAN NORMAL

Assalamualaikum...
selamat berpuasa semua kepada semua umat muslimin dan muslimat..semoga di bulan Ramadhan yg mulia ini, kalian sihat2 hendaknya..

ada apa dengan tajuk tu..?
anda harus bersyukur kerana anda masih diberi peluang merasai segala nikmat yg ada di dunia ini..termasuk diri anda..
yg mana tidak tu, di sini sy ingin sampaikan satu pesanan..
kuatkan semangat..
tabah dalam segala rintangan..
positif dalam segala perkara..
jangan melemahkan diri anda dengan kekurangan yg anda alami..

sebab..sy juga ingin begitu..berlari..bersenam..berjalan seperti biasa..rinduuu....


































HEY...CHILL LA..!
kenapa sedih2 ni...?
tak elok tau sedih2 pd bulan yg mulia ni..
hidup harus diteruskan..
amal perlu ditingkatkan..
okey gambar atas tu sepupu baru sy..
maaf gmbr blur..
comel kn..?
i wish i could turn back the time..





ceria ceria selaluu
tataaaa

Monday, June 24, 2013

permulaan kehidupan baru :)

Assalamualaikum...
mulai pada saat ini pada entri kali ini dan seterusnya..sy memegang watak sbg tot di dalam cerita mY mEssY wOrLd akn mulakan kisah2 kehidupan bersama mereka yg sy syg..bersama mereka yg sntiasa berada di sisi sy..segala pahit manis akn diluahkn di sini..selagi boleh sy akn menceritakan detik2 manis dlm hidup sy..insyaAllah..

kepada mereka yg tidak sudi terjah blog kisah peribadi ini, diminta jangan tinggalkan blog ni ye..sbb anda lah peneman sy di sini..anda juga bakal menjadi sumber inspirasi sy..anda juga bakal berkongsi cerita dalam kehidupan sy..

di sinilah bermula kehidupan baru sy...Alhamdulillah..sehingga berjumpa lagi..    =)

Monday, February 18, 2013

Kisah selanjutnya mengenai KEMALANGAN tak diduga

Assalamualaikum..
harap-harap semuanya sihat2 hendaknya..senyum selaluu okay..  =)



















INGAT lagi x kisah ini  pernah main BUMPER CAR..?
entri kali ni tot nak sambung kisah dari rentetan cerita kemalangan haritu..
sebelum korunk nak baca cerita ni
disarankan luangkan masa secukup2 nya
sebab korunk kene faham jalan cerita
dan macam mana semua ni boleh berlaku






pada 23/01/2013
genap tot dapat gaji + bonus
niat di hati memang nak belanja nenek makan malam
nenek tiri ngan nenek sedara
tot mmg banyak nenek..hehe   =p


jd malam tu ktorunk semua gerak guna dua buah kereta
satu wewiit, satu lagi wira
wewiit yg tot bawak..ada adik lelaki ngan dua orang nenek
wira abah yg bawak..ada mama ngan adik bongsu


kalau nak tahu, tot adalah pemandu yg sangat mesra dengan kereta bila tak bergerak atau duduk belakang je..atau duduk sebelah pemandu..faham kan maksud di situ..?hihi..malam tu mama suruh drive..bawak nenek..mulanya tot tak nak sebab keadaan malam tu hujan..tambah lak bukan mama yg teman duduk sebelah..tambah SERIUS lagi, orang yg teman sebelah tot adalah org sgt sewel bg tot..dan org tu adalah org yg sgt tak boleh dipercayai..dan org tu adalah org yg sgt mementingkan diri sendiri! nanti kita cerita kenapa tot cakap camni..

selain tu, tot tak pernah drive selain boolat sahaja duduk sebelah..maknanya di sini tot akan rasa sangat teruja bila drive tanpa boolat di sisi..itu bermakna keadaan driving malam tu dengan perasaan sangat teruja la..perjalanan bermula dengan duduk sandar..pasang penghawa dingin..pakai seatbelt..bukak lampu..enjin kereta?? mestilah da start dari awal, sbb mula2 mama yg drive dr rumah nak ke rumah ambil nenek..enjin kereta tak padam pn..cuma padam lampu je..


bagi signal tanda keluar
"yat, set jalan nak pergi destinasi", arahan tot pd pembantu 'senget' kt sebelah
tp pembantu 'senget' ni SIBUK ngan bergayut
bukan gayut tangan kt handle atas pintu
TALIPON..awek..??mungkin kot
lantak die la..huhu..


u-turn
melalui cermin tot tak nampak luar
okay tot memang mengalami masalah silau yg tak tau serius ke tak
turunkan cermin..off aircond
takpe..sebab malam tu hujan tak lebat pn
gerimis..kalau kene hujan plus demam pn
redha je..


CLEAR sangaaat..
confident dan nak keluar..eh eh tersalah tekan brek..tunggu lagi..btol2 lengang n takdak keta, vrooomm...kawasan rumah nenek memang banyak bonggol..agaknya ramai mat rempi kt kawasan ni..nak kasi ajar ckit jgn rempit2 kt kawasan perumahan..tu yg ada banyak bonggol..huhuu..

dalam perjalanan tu..mmg banyak kali tot rasa nak langgar..nak tekan brek tertekan minyak, nasib baik tekan slow2 je..huhuu..dan kebetulan penyakit kaki kebas tot datang semula malam tu..tak rasa mana satu yg tot tekan kt kaki tu..samada da tukar minyak atau brek..sebab keta auto..sebab kaki tot memang tak rasa..susah tau..sampai sekarang xtau pe masalah ngan diri tot ni timbul penyakit macam2..

destinasi kami adalah tempat yg tak pernah pergi..kirenye baru pertama kali nak usha tempat makan ni..orang kata sedap..masuk rancangan jalan2 cari makan lak tu..bertambah geram dan tak sedap hati, bile org 'senget' kt sebelah asik bagi direction salah je..kejap suruh masuk kanan..kejap suruh masuk kiri..kejap suruh u-turn..boleh bayangkan jalan yg sama dak 'senget' tu suruh pusing sampai 2 kali..?? sekali lagi pusing tapi tunjuk jalan bertambah jauh lak..bertambah hangen bile die yg 'senget' tu sibuk BERGAYUT?? ktorunk da macam ape kt dalam keta tu..kesian kt nenek..tot kalau malam, memang susah nk nampak jalan dan cam jalan..lebih2 lagi kalau drive sendiri..sebab tu hanya boolat je yg pernah naik kete ngan tot bile tot drive..boolat sangat prihatin..












SAMPAI TEMPAT KEJADIAN
ktorunk tersalah masuk lorong
lorong tu jalan mati
nenek ada tegur
"kenapa bukan abah depan?"
jawab tot, "entah la nek..da cakap tadi ngan mama"










masa nak u-turn
abah da u-turn dulu dan berhenti kt depan
kemudian giliran tot
amek port yg mudah nk u-turn
dan  tot dengan yakinnya buat pusingan paling selamat dan steady
walau dalam sekelip mata masa tu tot ternampak bahagian depan kemek dan ternaik
dan























BAAaammM!!

yg atas wira yg tot langgar
bawah tu wewiit
wira nampak steady je tp wewiit yg teruk
huhuu




tot mengalami masalah besar
seriusly tot da angkat kaki nak tukar tekan brek
entah macam mana
tertekan minyak dan kereta tu bergerak dengan maju jayanya
hentam keta ABAH
bile da bagi peluang macam tu
tot tekan minyak kuat2..kasi hentam teruk2 lagi
dan apa yg tot nampak sebelum ni
memang btol2 terjadi
sebab tu dr awal tot rasa tak sedap hati
tapi mende nak jadi



sehingga kini wewiit masih belum selesai diperbaiki..hari tu pergi workshop nak sain dokumen dan nak jenguk wewiit tp tak nampak..mana ntah dorunk sorokkan wewiit kt bengkel tu..ntah apa khabarnya wewiit kt sana..dan tot harap kejadian ni tak mematikan semangat tot yg penakut ni drive keta..tot jadi penakut bukan sbb apa..sbb wewiit tu besar bg tot..dan masalah yg tot tak boleh nak elak adalah masalah kaki tak rasa..masalah ni memeningkan tot..sbb tak tau cara nak selesaikan sebab kite tak nampak apa puncanya..sebelum ni ok je..korunk tau punca kaki tak rasa pape..?


sekian saja cerita kali ni..
maaf ambil masa korunk baca entri panjang2 ni..
pape pn terima kasih banyak2 tau sebab sudi baca..
hope korunk tak jadi macam ni..
salam..






p/s: nasib baik yang dilanggar keta abah..claim pn atas wewiit punye..takde citer banyak, cume abah suruh buat report sbb nak claim insurans..pegawai polis pn gelak dengar citer ni..hehe   =p

Tuesday, February 5, 2013

pernah main BUMPER CAR..?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua penduduk di muka bumi ini..termasuk juga tumbuh-tumbuhan..binatang..makhuk2 yg lain..indahnya ciptaan Allah swt..    =)









korunk semua sihat ke..?
harap-harap di musim yg tak menentu ni, korunk kene jaga kesihatan tau..





kembali pada tajuk

pernah tak?





best kan dapat main langgar2..tiada kecederaan samada pemandu atau penumpang mahupun kenderaan itu sendiri..jadi tak perlu risau berapa kos nak baiki kenderaan..??berapa kos bil hospital..??berapa kos saman kalau nak claim insurans..??


buat masa sekarang ni, tot ngah kumpul duit
mana nak perbaharui 'roadtax' kereta
mana nak beli barang2 untuk boolat
mana nak cover kenduri..makan..
baju lagi









PENING!!





bajet da lari..
sejak wewiit tot jadi
(wewiit merujuk kepada..scroll ke bawah)























..-** BEGINI **-..

















sangat stress ok
tapi pengalaman la kot
sebab pandu sendiri
nak tau cerita nanti kita tengok next entri
kali ni nak cerita kenapa tot stress dengan keadaan ni







sebab..

1)  ada kawan tot cakap, kalau kte ada claim insurans..masa nak 'renew roadtax' nanti, agak mahal sebab     nak cover balik insurans yg kite pernah guna..betul ke..? tot sangat blur dengan keadaan ni..
2)  lagi berapa bulan je sebelum 'renew roadtax'..dan itu juga bermakna, dekat2 dengan kenduri..??mana nak cekau duit..?? ohooiii..
3)  takut kalau tot fobia 'drive' lepas ni..baru je berangan nak pergi keje sendiri..nak sambung blaja ulang alik 'drive' sendiri..nak antar and pick up husband pergi dan balik kerja..hihi itu memang berangan terlebih..



tiga masalah utama..harap2 segalanya berjalan dengan lancar..semoga tot dapat atasi dan selesaikan semua ni dan berjalan dengan lancar..amiin..   =)








p/s: ingat tau kawan-kawan..pandu dengan cermat..biar lambat asalkan selamat..

Tuesday, January 22, 2013

MEMPELAJARI ERTI KESABARAN

Assalamualaikum..
semoga kalian semua sihat2 hendaknya..





Hari ni nak review sikit tentang sifat kesabaran. Sabar adalah salah satu sifat terpuji dan ia berada dalam kategori ibadah yang perlu kita laksanakan. Memang benar bukan mudah untuk kita mempunyai sifat kesabaran dalam segala perkara.. Tetapi kita boleh mempelajarinya. BAGAIMANA..??





















PERTAMA
bertenang menghadapi situasi yang sukar dan perlu banyak berzikir
dengan berzikir juga mampu mengelakkan kita dari sifat amarah
menarik bukan..?











KEDUA
senyum dan cuba beredar dari tempat asal
contohnya jika kesabaran anda sedang diuji ketika anda sedang duduk, sila berdiri
ni da macam elak sifat marah
tapi sama je kan..tak marah bermakna sabar kn..?    =)








KETIGA
tarik nafas dalam2 dan hembuskannya perlahan-lahan
mudah-mudahan udara segar yg berganti dapat menenangkan diri kita
juga menghindarkan diri dari mengeluarkan kata-kata yg kesat








KEEMPAT
pejam mata buat seketika
ni macam teknik ala-ala yoga
tp bergantung kepada situasi, kalau sedang berjalan..JANGAN pejam mata..
huhu lain jadinye nanti..



















okay
setakat ni itu je nak kongsi dengan kawan-kawan semua
semoga dengan sedikit tips2 yg tak berapa berguna ni
dapat memotivasikan diri dan sedikit demi sedikit menyemaikan sifat kesabaran dalam diri
mudah-mudahan




BERUSAHA ITU TANGGA KEJAYAAN
maaf gambar xclear
my bestfriend forever and ever
dia seorang yg sangat penyabar
cute kn..?



..sekian wasalam..

Thursday, January 17, 2013

bagaimana hadapi temuduga?

Assalamualaikum..
semoga kalian semua dirahmati dan diberkati oleh-Nya..




Kali ni, tot nk review sikit berkaitan temuduga..korunk semua pernah pergi temuduga x..? xkisah la temuduga untuk kerja, sambung pelajaran atau dapatkan biasiswa..itu semua adalah pengalaman berharga yg orang lain tak dapat bayangkan situasi sebenar semasa temuduga..kepada sesiapa yang dapat peluang ditemuduga, korunk adalah orang yg bertuah..










kepada mereka yg belom pernah menghadiri sebarang sesi temuduga..
meh tot nak cerita serba sedikit suasana dan keadaan sebenar sesi temuduga ni..

ini adalah contoh gambaran dalam bilik temuduga
dua orang dalam visual di atas adalah panel temuduga
panel ni kebiasaanya TIDAK berseorangan
iye itu adalah pengalaman tot
pasti akan terdapat lebih dari seorang panel








satu hal yg kita perlu kawal sebelum masuk bilik temuduga adalah
  • gementar
  • gemuruh
  • berdebar
  • takut
semua perasaan di atas adalah perkara pertama yg korunk perlu kawal dan atasi..sebab korunk akan masuk ke dalam bilik tu berseorangan..di mana pelbagai persoalan bakal dituju..samada yg ada kaitan atau yg tidak ada kaitan langsung..?? err itu mungkin boleh terjadi..

bg mereka yg tidak dapat mengawal semua perasaan yg tot sebutkan tadi..boleh la menghafal dan fahami doa menghilangkan rasa gemuruh dalam diri..mudah-mudahan korunk tenang semasa sesi temuduga nanti..


Mudahkanlah wahai Tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillahirrahmaanirrahim, Wahai Tuhan engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan lain-lain binatang.





Dah hafal blom?
kalau da, tot nak bagi tips..tips yg mungkin boleh membantu untuk korunk semua bersedia dengan  proses temuduga..perkara yg perlu dikenalpasti adalah :-
  • skop jawatan yang dipohon
  • latar belakang tempat kerja yang dipohon
  • sijil-sijil yang disediakan mendapat pengesahan dan ada kaitan dengan jawatan yg dipohon
  • resume untuk pengenalan diri dan latar belakang diri secara ringkas
  • isu-isu semasa

selain itu, korunk mesti bersedia dari segi fizikal dan mental..yang penting KEYAKINAN DIRI..kita dah berusaha dan yang selebihnya adalah di atas ketentuan Allah swt..pintu rezeki itu ada di mana-mana..   =)

Friday, January 11, 2013

kalau sesuatu benda boleh berkata-kata

Assalamualaikum..
semoga pembaca dan pengunjung tanpa baca sekalian sihat2 hendaknya..   =)





adakah anda pernah bayangkan sesuatu benda di sekeliling anda berkata-kata...?
contoh macam kerusi yg anda duduk..?
cuba bayangkan dan adaptasikan dalam kehidupan seharian anda..

dialog kerusi,
    " adoi, tak reti duduk perlahan2 ke..? "
    " kenapa engkau ni berat sangat..? "
    " kenapa engkau patahkan badan kecilku ini?   :'( "















(gambar ihsan google)



atau


dialog pokok,
" sakit mataku ini melihat anak muda zaman sekarang "
tolonglah berikan aku air "
















(gambar ihsan google)






ini adalah contoh semata2..tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada..









cuma kadang-kadang kita tak perasan..
setiap benda yang wujud di dunia ini adalah ciptaan dan pinjaman dari-Nya..
maka dengan itu, setiap kejadian dan ciptaan itu mempunyai tugas masing2..
lebih2 lagi sebagai pemerhati kita di akhirat kelak..??





korunk bersedia tak dengan setiap apa yang bakal dihuraikan tentang apa yang kita lakukan oleh semua benda2 sekeliling korunk nnt..?







sebagai peringatan kepada semua..juga kepada diri ini sendiri..
berjaga-jaga lah dengan setiap tingkah laku kita..
walaupun tidak diperhati oleh manusia, namun wujudnya Allah s.wt sebagai pemerhati yang Maha Esa..
juga apa yang berada di sekeliling kita..   :)


semoga kalian diredhai oleh-Nya Yang Maha Esa..