Monday, June 27, 2011

pemanis waktu senggangku

ini adalah sticky post khas untuk contest yang tot sertai
setelah ditag oleh cik alia yg comel
sila ke bawah untuk baca entri yang terbaru..  =)

Assalamualaikum
perhatian kepada semua pembaca dan pengunjung My mEssY wOrLd
ini adalah contest yang dianjurkan oleh Dr. Siti Hamidah
sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang contest ini
boleh merujuk di link ini =>> Contest Dr. Siti Hamidah dot com

dengan ini tot ingin laksanakan syarat yang ke-5 iaitu
tag 3 orang rakan blogger
dan mereka yang terpilih dan bertuah untuk dipilih oleh tot:

kepada mereka yang bertuah tu..hehe  =p
sudilah ye korunk join sekali
mana tau menang, leh share2..  =p


*********************************************************************************

Assalamualaikum pembuka bicara dituju kepada pembaca muslimin dan muslimah..selamat sejahtera ditujukan kepada pembaca bukan muslim..Andai kata hari ini ditakdirkan kita bertemu jodoh, maka bertemulah kita dengan takdir yg ditentukan Allah..

Hari ni tot nak ceritakan serba sedikit memori ketika umur tot dalam lingkungan 4 - 6 tahun..umur kecil tot ketika itu mempunyai pelbagai memori pahit dan manis yang kadang-kala bila diingat kembali, ia merupakan saat yang paling manis dalam hidup tot..sehingga sekarang, ianya masih segar di ingatan walaupun sudah 16 tahun berlalu, namun segala memori ketika itu bagaikan baru semalam terjadi..



ketika berumur 4 tahun..
dan ketika mencecah umur inilah, kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini..
mula diceriakan dengan pelbagai gelagat diri sendiri dan juga kawan2..
saat ini juga kita mula merasakan apakah itu persahabatan, perasaan, kebebasan..
dengan langkah yang masih goyah dan larian yang agak tunggang terbalik..
namun di sini sudah mula coraknya kehidupan..
kehidupan yang diceriakan dengan perkenalan sahabat2 di sekeliling rumah..
perkenalan jiran2 tetangga..
ketika umur ini, segala perkara kita akan cuba untuk lakukan..
jiwa ingin tahu itu membuak2 dan meronta jiwa..
setelah itu wujud perasaan ingin berkawan..
perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru..
main sakit2 masuk hospital, main kejar2, main nyorok2, main lego, main jalok2 itik, main masak2, main mekap2..
pelbagai jenis permainan bermain2 di fikiran..
sehinggakan waktu yang dibataskan dilanggar begitu sahaja..







ketika berumur 5 tahun
di saat umur makin meningkat
segala permainan dan perasaan berkawan semakin membuak2
kawan yang bertambah, dari sebelah rumah hingga ke satu taman
dari permainan budak2 ke permainan yang begitu mencabar
belajar naik basikal roda dua, campak gasing, main batu seremban, jentik2 karem, main kasut roda empat 
dimulakan dengan berjinak2 sehingga berjaya menguasai setiap permainan
akhirnya perlumbaan diadakan
jangan risau ianya adalah halal belaka
sehinggakan diri ini mempunyai majoriti kawan lelaki
dan disebabkan itu jiwa ini agak kelelakian sedikit..  =p

sehingga suatu hari
berkaitan dengan basikal
diri ini yang bertubuh kecil ketika itu dilenyek basikal oleh seorang dewasa
di mana dewasa ketika itu bagi budak berumur 5 tahun ialah pelajar sekolah rendah
yang akhirnye membawa padah di mana mengalami kecederaan yang agak serius
serius bagi budak berumur 5 tahun
sehingga didukung oleh salah seorang jiran dan dibawa pulang
kesannya, kedua2 lutut cedera parah (hanya bagi budak berumur 5 tahun)
menangis tiada henti menahan kesakitan bagaikan nyawa mahu tercabut dari jantungnya
saat itu adalah saat paling memeritkan dan mengerikan
namun akhirnya ditertawakan ibu dan ayah kerana menangis
itulah yang dikatakan 'budak tidak tahu malu'
kerana menangis di depan orang walaupun hanya mengalami kecederaan di lutut sahaja



ketika berumur 6 tahun
jiwa kebudakan dirasakan seperti seorang dewasa
cukup memahami dunia luar dan pandai jaga diri sendiri
lebih2 lagi, umur ini adalah wajib bagi semua anak2 masuk ke sekolah tadika
dan ketika itulah meraung2 melihat ibu bapa meninggalkan diri yang begitu kerdil di sebuah sekolah
sehinggakan terjadi sebuah kejadian yang tidak diingini iaitu muntah di hadapan pintu masuk tadika..kesian cikgu yang kene bersihkan muntah tot..huhu..
sudah dirasakan cukup dewasa..mula melangkahkan diri yang 'tidak tahu malu' ke rumah jiran..
di mana jiran kiri dan kanan adalah rumah bujang..iaitu rumah yang dihuni oleh sekelompok lelaki..
bayangkan seorang budak perempuan yang cilik melangkahkan kakinya menjejak ke rumah sekelompok lelaki dewasa..
yang akhirnya rumah itu menjadi tempat lepak tot dan tidak bermain di luar ketika waktu2 yang dibataskan..
kadang kala sampai tertidur, melahap dan kenyang baru balik, main gitar, belajar tengok buku gitar walaupun ketika itu masih baru mengenal huruf..
abang lan, abang nizam, abang ajoi dan abang man..merekalah yang mendiami kediaman itu..



selain daripada itu, memori ke sekolah bersama2 teman..
melangkahkan kaki ke rumah setiap jiran, dan memekik2 nama2 teman2 seperjuangan tadika..
dan setelah dikumpul beramai2, kami berkonvoi ke sekolah tadika dengan berjalan kaki..tiada saat yang terindah selain memori ketika waktu kecil dahulu..memori2 yang pernah terpahat itulah segala pengubat rindu tatkala kita bersendirian..oleh itu hargailah kehidupan kita seadanya walaupun terlalu pahit untuk ditelan..kita perlu percaya dan yakin bahawa itu semua mempunyai hikmah yang tersendiri dan juga pasti akan ada ganjarannya kelak...insyaAllah..




*********************************************************************************

sekian tamatlah segala memori ketika waktu kecil dahulu..mungkin tidak sempurna seperti apa yang penganjur cari, namun inilah yang mampu tot hasilkan untuk menggarapkan segala memori waktu kecil2 dahulu..tak lupa juga kepada yang bertuah, sila lakukan tanggungjawab anda dengan 'gumbira'..  =)








p/s: ni ayat je lebih..saje nak pancing..hik hik hik  =D

2 comments:

alia kamal said...

yeay!! smoga menang :)

haha..cmni rupanya tot sms kecik (alia da lupe gile cmne alia mase umur 6 thun ke bwh..ade penyakit nyanyuk ke ha? aisshh..). cik tot amat comel kot!

Dr. Siti Hamidah said...

thanks join dear...=)