Sunday, February 27, 2011

apabila tersurat dan tersirat menjadi satu

bila
sesuatu yg tertulis
menjelmakan dirinya
menghantui pemikiran mereka
membelenggu mereka yg dalam kesulitan



bila
yang tersirat itu menghadirkan diri
terbongkar seribu rahsia
rahsia yang selama ini menghantui kehidupan mereka



bila
kedua-dua nya bersatu
begitu tersurat juga tersirat
bagaikan sebuah kuasa yang muncul sendirinya
ada yang sepoi-sepoi bahasa
ada yang mendung kelabu
ada yang merah membara
ada juga yang gelap gelita




itulah tandanya semua yang berlaku tiada bandingannya
semuanya di tangan Yang Maha Berkuasa
Allah s.w.t






belajarlah menerima suratan takdir yang menimpa diri
fikirlah anda bahawa semuanya ada hikmah yang tersendiri
biarpun sesuatu itu begitu pahit untuk diatasi
namun Allah sentiasa berada di sisi..

4 comments:

Frodo Baggins said...

berlapang dadalah ...


>>___<<

tot tot kecik said...

frodo baggins:

pesanan yg ringkas dan padat.. :)

nunama said...

dont despair and never loose hope.
cause Allah is always by ur side.
-Maher Zain-

hehe.
tetibe teringat masa sekolah2 dulu kena buat rumusan. isi2 tersurat dan tersirat. ;p

tot tot kecik said...

nunama:

hehe lagu maher zain yg pertama tot dengar lagu for the rest of my life..

haha lama btol tggl zmn skolah dlu2.. :)