Hari ni tot nak ceritakan serba sedikit pengalaman tot sepanjang 21 tahun dan 8 bulan di muka bumi yg indah ini..Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi di atas kesejahteraan dan kesihatan tot sehingga kini..Di mana ketika kecil tot selalu sesak nafas oleh kerana menghidap penyakit Athma iaitu lelah..dan kini Alhamdulillah semuanya berakhir dan berkurang dr keadaan yg memerlukn penjagaan rapi ketika tot masih kecil..pernah ketika dulu tot terpaksa diberi oksigen kerana kekurangan oksigen setelah pulang aktiviti merentas desa di sekolah..dan paling teruk terpaksa pakai inhaler atas nasihat doktor ketika tot terpaksa digegaskan ke hospital kerana batok yg berpanjangan selama 5 minggu..semuanya berakhir tahun 2007 iaitu selepas program orientasi waktu mula2 tot sambung pelajaran peringkat diploma di Perak dulu..melihatkan keadaan tot yg kadang2 agak degil, dan selalu memaksa diri untuk melakukan aktiviti2 seperti berlari dan sebagainya..akhirnya begitulah keadaan yg tot alami atas kegedilan tot sendiri..
3 tahun sudah berlalu, penyakit athma tot semakin berkurang..makanan yg paling abah tegahkan tot makan ialah buah tembikai..atas kedegilan tot juge, akhirnye tot demam dan sedak nafas selepas menikmati buah tembikai yg sedap..walaupun hanya beberapa potong, tetapi tot tetap diserang..Alhamdulillah kini semuanya berakhir, kini tot boleh menjalani kehidupan tanpa serangan athma selama 3 tahun..itulah tahun paling lama setakat ni..tapi tot tah tahu masa akan datang..
****************
kini tot mengikuti program Ijazah DATA KOMUNIKASI DAN RANGKAIAN(networking) di UiTM Shah Alam..masuk tahun ni adalah semester kedua..alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..namun keputusan untuk semester lepas agak menduka citakan..sepanjang tempoh 4 tahun selepas SPM, ini adalah keputusan yg paling teruk dan semuanya atas kesalahan diri sendiri..tot rasa tot tidak sepatutnya berada dalam bidang ni..tapi tot xboleh undurkan diri..harus berjuang namun jika xterdaya, tot akan cuba cara lain..mungkin tukar program atau berhenti sahaja..tapi keputusan untuk berhenti tu pasti akan ditapis sehebat2 nya oleh mama dan abah juga rakan2 sekeliling..
****************
Tahun 2006 adalah tahun di mana tot menduduki peperiksaan SPM..4 tahun sudah berlalu..tot sangat2 merindui zaman persekolahan..rindu kawan2 sekolah menengah, sekolah rendah, tadika kemas dan jiran2..waktu tadika, banyak kenangan manis dan pahit..muntah depan pintu gara2 xnak pergi sekolah, kacau2 kawan buat kerja, berlari sana sini..petang2 keluar main dengan kawan, main gasing, karem, tinting, masak2 dan macam2 la..sekolah rendah pulak, pertama kali ada orang bagitahu ada orang suka..waktu tu baru darjah satu..kene kejar dengan amirul sampai amirul jatuh2, cikgu belanja minum gara2 sakit perut, tolong budak junior hidung berdarah, buat sandwich kt sekolah dan macam2 la..sekolah menengah adalah waktu paling banyak kenangan..,mungkin waktu ini tot da pandai berfikir dan cuba menerokai alam kehidupan..mula wujud perasaan suka kt seseorang, berani cuba senyum2 kt orang yg disukai, kene 'ngorat' masa tggu mama dtg ambil balik sukan tahunan, dapat flying kiss dr budak2 pancaragan buat persembahan masa sukan tahunan, berkenalan dgn budak sesi petang melalui conteng2 atas meja, pertama kali ada org ajak kapel, pertama kali dpt hadiah hari jadi begitu banyak disertakan nyanyian Allah Selamatkan Kamu..turut diraikan kembar tot, iaitu kawan yg berkongsi tarikh lahir yg sama dan juga tempat kelahiran yg sama..kalau nak cerita xcukup satu entri, tapi waktu ni juga tot dapat seorang kwn baru..abang tu duduk depan rumah tot..die ditugaskan untuk ajar subjek matematik tambahan..sampai sekarang kami masih berhubung..
*****************
semua kenangan pahit dan manis yg tot lalui banyak mematangkan diri tot..kini tot sudah pandai fikir yg mana baik dan yg mana buruk..dr pengalaman yg lepas banyak mengajar tot supaya lebih berhati2 dalam segala hal dan berfikiran matang dalam membuat sesuatu keputusan..kadang2 dalam tidak sedar kita, apa yg kita telah lakukan adalah perkara paling bodoh yg kita pernah buat..namun semua itu kita jadikan sebagai pengajaran dan laluilah kehidupan sekarang dengan lebih kedewasaan memandangkan umur tot sudah tidak layak untuk berfikiran seperi kebudak-budakan..hehe da tua rupemye den ni..huhu..
okey sehingga bertemu lagi..
wasalam..
okey sehingga bertemu lagi..
wasalam..
No comments:
Post a Comment