Showing posts with label poketPuitis. Show all posts
Showing posts with label poketPuitis. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

WAKTU ITU...

adakalanya ruang waktu itu terlalu singkat
padahal bagi kebanyakan orang waktu itu terlalu lama
untuk aku
masa itu berlalu begitu cepat
sedangkan aku masih terkedek-kedek di sini
di mana katanya manis itu?
di mana katanya bahagia itu?
di mana katanya peluang itu?

apa yg aku harus ingat
Allah masih memberi peluang pada diri untuk mengubah segalanya
berharap dengan peluang ini dapat aku tebus segalanya
moga esok ada jalannya

sekian wasalam

Tuesday, April 17, 2012

new LIFE..!!

Assalamualaikum..
PADAT | RINGKAS | PENUH | BERMAKNA











ingatan pada diri sendiri
ingatan pada kamu khususnya
ingatan pada semua yang sudi mengambil ianya sebagai panduan










utamakan perkara wajib dalam hidupmu
amalkan perbuatan ikhlas dalam seharianmu
bersihkan hati luhurmu dalam sifatmu
ramahkan zikir manismu dalam pertuturanmu
sebatikan Dia dalam dirimu










Moga-moga amalan sekecil zarah ini
mampu melapangkan dadamu
mampu tenangkan jiwamu
mampu ihklaskan hatimu
mampu bukakan pintu hatimu










Alasannya dalam kehidupanmu, amat berkesan membersihkan fizikal dan rohani dirimu. Dengan terbitnya keikhlasan dalam melakukan semua ini dalam dirimu, insyaAllah ia akan membawamu ke jalan yang lebih memberi rahmat dalam kehidupanmu..insyaAllah mudah-mudahan..   :)

Wednesday, March 16, 2011

GeMBiRa Di KaLa KeSuNyiAn..

WARKAH BUATMU

Assalamualaikum..apa khabar orang di sana..?
khabarnya sihat sejahtera..alhamdulillah..
kenapa baca dari kanan ni..??
mungkin ingin merasa tulisan jawi agaknya..
laptop separuh abad, software apa tak reti..
rumi pun tak salah kan..?















saya ni 'tak encem'
<gambar cilok google>

























tapi...saya ni manis kan..?  :p















<gambar cilok dari google>

















kadang-kadang kita alpa
SENYUMAN
adalah hadiah paling berharga
buat mereka tak kira bangsa, darjat dan sebagainya
















KENAPA..???














bak kata orang
senyuman itu adalah suatu sedekah
senyuman yang bermakna
dan paling tinggi darjatnya adalah
















s.e.n.y.u.m.a.n yang mampu memberi s.i.n.a.r kehidupan baru..
juga mampu memberi n.y.a.w.a..
tak lupa juga mampu memberi sebuah i.k.a.t.a.n persahabatan, persaudaraan yang mengikat tali s.i.l.a.t.u.r.r.a.h.i.m..
















begitu bernilai sebuah senyuman
yang hanya terukir dari
ini
gambar dari folder laptop separa abad ni








...jadi, moh le kite senyum rame-rame...
...senyum ko ore buak ore bahagio...
...senyum sokmo...
...laging ngiti...



sekian wasalam

Sunday, February 27, 2011

apabila tersurat dan tersirat menjadi satu

bila
sesuatu yg tertulis
menjelmakan dirinya
menghantui pemikiran mereka
membelenggu mereka yg dalam kesulitan



bila
yang tersirat itu menghadirkan diri
terbongkar seribu rahsia
rahsia yang selama ini menghantui kehidupan mereka



bila
kedua-dua nya bersatu
begitu tersurat juga tersirat
bagaikan sebuah kuasa yang muncul sendirinya
ada yang sepoi-sepoi bahasa
ada yang mendung kelabu
ada yang merah membara
ada juga yang gelap gelita




itulah tandanya semua yang berlaku tiada bandingannya
semuanya di tangan Yang Maha Berkuasa
Allah s.w.t






belajarlah menerima suratan takdir yang menimpa diri
fikirlah anda bahawa semuanya ada hikmah yang tersendiri
biarpun sesuatu itu begitu pahit untuk diatasi
namun Allah sentiasa berada di sisi..

Thursday, November 18, 2010

senyuman BINTANG... =)

Assalamualaikum pembuka bicara..
sedikit suasana disulam untuk meringankan beban di hati..ilham dibina dengan melihat bintang2 berkelipan di angkasa..lantas kata2 disusun rapi membentuk sebuah puisi..





Tika mendongak ke langit..
Kelihatan bintik-bintik kecil tersenyum girang..
Menggambarkan perasaannya dengan menyinari awan..
Awan begitu tenang dengan kehadiran mereka..
Saat itu senyuman mula terukir di bibirku..
Lantas wajahmu terlukis melalui bintik-bintik girang itu..
Senyumanmu, suaramu, dan gelak tawamu
menghiasi ruang-ruang udara..





Waktu: 2.58 am
Tarikh: 17 Nov 2010
Tempat: di dalam kereta 
Destinasi: Taiping, Perak

Wednesday, September 29, 2010

hadiah dariku untukmu :)

jgn fikir bukan2...
ahaha itu bukan tgn tot ye..
sila google untuk melihat gambar berkenaan..



di saat aku berada di genggamanmu
terasa diriku begitu lena dibuai mimpi
bagaikan kelembutan salju di dalam lautan
terasa bebas berterbangan di udara yang luas terbentang

aku rindu saat itu
bilakah ianya akan berulang kembali..?
aku harap ianya bukanlah yang terakhir
membawa daku ke alam fantasi
memberi daku semangat kental
teruskan perjuangan hidup

kamu..
adalah penyeri hidupku kini
biar apapun rintangan yang melanda
aku tetap di sini di sampingmu
menemanimu hingga hujung nyawaku
insyaAllah diri ini tidak akan berpaling
setia di sisimu hingga ke akhirnya

sekian wasalam..    :)
senyuman itu adalah hadiah dariku untukmu...

Monday, September 27, 2010

..seandainya masa itu bisa berhenti..

Assalamualaikum...
Sedikit karya ingin diluahkan di sini merangkap luahan hati bagi meleraikan kekalutan di jiwa. Tiada siapa yang bisa memahami mahupun dapat membayangi apa yg bakal diluahkan di sini. Sekadar ingin berkongsi perasaan dan memberi sedikit ketenangan di jiwa ketika ini.

boleh ke waktu berhenti macam ni buat seketika..??

adakalanya impianku begitu tinggi
setinggi awan membiru di angkasa
tak tercapai dek akal kn..?
tetapi begitulah lumrah manusia
angan2 lebih tinggi dari usaha
sedangkan kita tahu kejayaan itu setimpal dengan usaha

acap kali jiwa ini diganggu anasir2 luar
sehinggakan diri  kini dikuasai sepenuhnya
bukan dari diri tetapi dari mereka
mereka yang tidak sepatutnya dipersalahkan
namun kesalahan diri tidak terbendung
lalu mereka dijadikan tempat melempiaskan kesalahan

apakan daya orang tak sudi
ade kene mngena ke perumpamaan ni dengan apa yg ingin diluahkan..?
hanya kamu yg membaca boleh bagi jawapannya..
ehehe fikirkanlah..
pasti takkan jumpe jawapan punye..
ngeee..tu je..
sekian.. :)

Wednesday, June 9, 2010

SaKiT JiWA...Aaarghh..!!!

Assalamualaikum..
erm tajuk..erm..erm..gimik je lebih..
jgn terpedaya..


kali ni tot ase nk berkarya sekali lagi setelah sekian lama tgglkn..
tp kali ni secara spontan dan mungkin ayat xsebaik dulu..
huhu sob sob..

tapi sebelum tu
sila tajamkan penglihatan dan pemikiran anda
di akhir entri ini memerlukan
khidmat nasihat yg bernas
terima kasih


Andai dapatku undurkan masa..
inginku sampaikan ITU..
namun aku tahu ianya
bagaikan menunggu kucing bertanduk

Sememangya hal itu
tidak akan berlaku sama sekali
namun.....
mampukah aku laluinya..?
hanya aku dan Dia tahu jawapannya..

bisikan itu sering mengangguku
suara itu acap kali menyelubungiku

memamah diriku
hingga aku tidak berdaya lagi
lemah bagaikan bangkai tidak bernyawa

sukar untuk diri ini menahan
betapa peritnya luka yang terpendam

semua ini menjerat diriku
aku terkurung oleh bayangan diriku sendiri
dek perasaan yang kejam itu
adakah kamu dapat rasakannya..??
katakan padaku...

          tot..semua itu hanyalah dugaan..
          tot..semua itu ada hikmahnya..

akanku tabah menghadapi semua liku2 kehidupan ini..
wasalam..

Thursday, April 29, 2010

Saatku Merinduimu..

Assalamualaikum..
permulaan segala perbuatan..memberi rahmat kepada pembaca..
semoga kalian dicucuri rahmat hendaknya..
amin..


Waktu aku kesunyian
Di kala laungan takbir raya bergema
Saat mereka luang bersama
Tika pelukan berbalasan

Mutiara mataku
Menampakkan serinya
Ukiran senyumanmu
Melukiskan suasana

Bayanganmu menyerikan sepiku
Wajahmu menghiasi hatiku
Lagakmu memimpin kesesatanku

Jasadku di sini
Namun hatiku kosong..pergi..melayang






Bak kata aizat "kau pergii....pergiii..."
ketika ini berjujuran mutiara2 permata mataku





Burung bawalah hatiku terbang bersamamu
Awan..serikanlah perjalanan kami
Angin..hembuslah kesopananmu
Pelangi..ukirlah senyuman manismu

Aku ingin memelukmu buat sekian kalinya
Aku ingin tatap wajahmu buat kali terakhir
Aku ingin seiring denganmu selamanya

Walaupun engkau tiada di sini
Namun aku tahu engkau di situ
Belaian angin..Kelembutan awan berarak..Senyuman manis pelangi..
Aku tahu..Aku tahu..Aku tahu itu kamu..



Sekian..wasalam..
selamat menghayati luahan hati kecilku..

Tuesday, April 27, 2010

C I N T A

Assalamualaikum..
jom kite brhenti berehat menatapi apa itu cinta..


Cinta meniti awan
Lapang membiru diseri pelangi
Matahari mula mengukir senyuman
Bulan bahagia menerangi kegelapan

Betol ke cinta itu seindah ini..?

sebelum itu, promosi cerite adamaya..mari tonton bersama..TV3..6.30 - 7.30 ptg..weekdays..


Cinta mula mengubah haluan
Dari Lurus menjadi bengkok
Dari indah menjadi seriau
huhuhu
Menjerat hati para pencinta

DALAM KES INI, PENCINTA ALAM BERSALAH TAK..  (0.0)?


Akhirnya siapa yang merana..??

pencinta..??       




atau




Dicinta..??

En. Yusuf Mujahidin..hehe jgn jeles gambar ni lagi comei..wee~~






Okey..itu sahaja setakat ini..
Keputusannya di tangan anda yang bercinta atau dicinta..
Buatlah keputusan..tepuk dada tanya selera..


Wasalam..

Sunday, April 18, 2010

RINDU

assalamualaikum..
di sini terbitnye rasa itu utk diluahkan supaya ianya tidak terbenam di hati..

rasa itu sungguh perit
bagaikan hati dan jiwa
ditusuk sembilu
sembilu bukan semalu
semalu bukan sebarang semalu
semalu menyembunyikan dirinya
apabila disentuh

begitu juga diri ini
malu bertakhta di jiwa
malu bermaharajalela
apakah malu itu suatu yang
positif..??

malu meluahkan
malu merasai
malu berkata - kata

kini malu itu menjerat hati
bagai dikunci
tiada kunci yg bisa 
merungkainya

bilakah semua ini akan berakhir..?
bilakah rasa itu dapat dirungkai..?
apakah rasa itu akan kesampaian apabila diluahkan..?

sungguh dinanti saat itu
menanti bagai
menunggu bulan jatuh ke riba
semuanya khayalan belaka

sekian..
~selamat menghayati~

Sunday, April 11, 2010

JALAN - JALAN

Daku melihat..
Beribu kaki mengatur langkah
Jalan mengalu-alukan kedatangan mereka
Tembok bangunan mengukir senyuman
Rantaian lampu menggamitkan suasana
Begitu hari dibanjiri manusia










link over your mouse to see the image


Daku berjalan..
Ditemani teman bernama sahabat
Begitu tabah melayani kerenah
Begitu gembira mengukir senyuman
Menampakkan lesung pipit yg kini
Mencuri hatiku

Waktu
Setiap waktu merangkak laju
Seharian menemani waktu itu
Akhirnya waktu membataskan daku

Gambaran manusia..wayang..suasana..
Semuanya mengiringi perjalanan daku dan dia..
"Berdua lebih baik" bak kata Acha Septriasa
Waktu bersama kian tamat
Melabuhkan pertemuan 21 karat
Namun permulaan kehidupan bagiku..

p/s : karya tercipta setelah seharian menghabiskan waktu keluar mencari ketenangan juga jawapn utk hidup ini..sekian kalinye berada di kalangan org2 yg boleh mbawa pengaruh bsr trhdp pengembgn remaja2 kini..tp hari permulaan yg indh juge meniti ke 21 thn..hihi..cm xcaye je..

Monday, April 5, 2010

S U A R A

S U A R A
sayup bergema di gegendang..
terliang liuk disapa gelombang..
alunannya datang bertndag..
meninggalkan sapaan yg kian mendatang..

S U A R A
kiniku pasti telah mendengarmu..
daku pasti itu kamu..
dan daku pasti itu kamu..

S U A R A
daku merinduimu..
daku pasti kamu juga begitu..
datanglah wahai sang S U A R A..
yg selama ini menemaniku..
di kalaku kesepian..keresahan..kesengsaraan..

salam sekian..
sedikit alunan kata2 di sini..
~SeLaMaT MeNgHaYaTi~

Saturday, March 6, 2010

PeRJaLaNan SiNgKat MeMatAnGkAn DiRi

Alhamdulillah..
masih berkesempatan meluah dan berkarang di sini..
sesungguhnye hari2 yg berlalu kini semakin singkat
sedangkan diri masih belom berkembang sepenuhnya
sedangkan diri belom siap disirami keberkatan sepnuhnya
sedangkan diri masih belom sempurna di sisi-Nya

  • pernahkah kte terfikir sejauh mana kte boleh diterima di sisi-Nya..?
  • pernahkah kte terfikir sejauh mana kte menyayangi-Nya..?
  • pernahkah kte terfikir sejauh mana kte mendekati-Nya..?
Jawapanye berada dlm diri kte masig2..sejauh mana semua ni, sejauh itulah kte berada..semoga setiap perkara yg  berlaku menyedarkan kte..
TEPUK DADA TANYA SELERA
~fikir2 kan dan selamat menjalaninya~

Tuesday, February 9, 2010

lagu yg mengusik jiwa utk HARI INI

suatu yg indh ceritanya brmula smlm
andainye dptku rasa selamanya
tetapi ku tkt tdk mgkn dpt ku miliki
wlupn  kau hdir hya dlm mimpi

ku truskn idup hari demi hari pn  blalu
seksa dan derita ku tggug sndri
apa yg tggl hyala doaku pdmu tuhan
psrah ku hya kau yg mnntukn

pun tak pernah ku sesalkan
kecewa dtg dn pergi tgglku sndri
ditakdirkan aku syukur selalu
sesungguhnya aku tahu temanku hyala aku

semoga suatu hari nnt dpt ku tmui
penawar dukaku yg berdarah luka
pabila btemu pasti aku suarakan rindu
laguku untukmu buat tuk selamanya

Wednesday, February 3, 2010

~FRIENDS~

FRIENDS..                                  
you will be always in my heart             
will always with me                        
everywhere..everytime..                    
                                           
FRIENDS..                                  
did you know that i love u so much..?      
most of you make me happy                  
make me laugh                              
eventhough..sometimes..                    
there will be missunderstanding between us 
but you..FRIENDS                           
will always in my soul..                   
                                           
thanks for being my FRIENDS..              

Thursday, January 21, 2010

laman HATI

matahari..
menyinarkan cahaya nya menerangi bumi..
memberi segala sinaran mentari kepada penghuninya..
melindungi mereka tatkala mendung berlabuh..
memberi kehidupan kepada penghuni tidak bernyawa..

alangkah indahnya bumi ketika ini..
disinari matahari yg bersinar..
disirami kaca kaca hujan yang berkilauan..
ditemani kicauan burung di pagi hari..
dihiasi bunga yang mekar di taman..
diselimuti angin bayu yang damai..

namun..
aku sangsi..
aku khuatir..
aku resah..
aku gusar..
aku juga bimbang sampai bilakah semua ini akan berkekalan..?

bumi bagaikan telur di hujung tanduk..
menunggu masa untuk jatuh..
meluahkan segala yg terpendam..
bagaikan selama ini ia menyimpan seribu perasaan yg tidak terungkap..
bagaimana manusia mempunyai hati dan perasaan..
begitu juga bumi..

sesungguhnya setiap yg wujud di dunia ini adalah milik Allah s.w.t..
dipinjamkan kepada kita untuk merasai apa yang dicipta-Nya..
diberi peluang kepada kita untuk memiliki nya walaupun bersifat sementara..

begitulah kehidupan sebagai hamba Allah..
perlu mentaati-Nya..
bersyukur atas segala yang dimiliki..
redha atas segala kekurangan diri..
tabah dengan segala dugaan-Nya..
insyaAllah Allah s.w.t akan sentiasa berada di sisi kita..

  • janganlah kamu memusnahkan harta bumi
  • janganlah kamu menghina sesama umat
  • janganlah kamu bermusuh-musuhan
  • janganlah kamu tamak haloba


sekian sedikit hiasan kata2..smoga mberi seribu mkna kpd pembca..salam..