Tuesday, January 22, 2013

MEMPELAJARI ERTI KESABARAN

Assalamualaikum..
semoga kalian semua sihat2 hendaknya..





Hari ni nak review sikit tentang sifat kesabaran. Sabar adalah salah satu sifat terpuji dan ia berada dalam kategori ibadah yang perlu kita laksanakan. Memang benar bukan mudah untuk kita mempunyai sifat kesabaran dalam segala perkara.. Tetapi kita boleh mempelajarinya. BAGAIMANA..??





















PERTAMA
bertenang menghadapi situasi yang sukar dan perlu banyak berzikir
dengan berzikir juga mampu mengelakkan kita dari sifat amarah
menarik bukan..?











KEDUA
senyum dan cuba beredar dari tempat asal
contohnya jika kesabaran anda sedang diuji ketika anda sedang duduk, sila berdiri
ni da macam elak sifat marah
tapi sama je kan..tak marah bermakna sabar kn..?    =)








KETIGA
tarik nafas dalam2 dan hembuskannya perlahan-lahan
mudah-mudahan udara segar yg berganti dapat menenangkan diri kita
juga menghindarkan diri dari mengeluarkan kata-kata yg kesat








KEEMPAT
pejam mata buat seketika
ni macam teknik ala-ala yoga
tp bergantung kepada situasi, kalau sedang berjalan..JANGAN pejam mata..
huhu lain jadinye nanti..



















okay
setakat ni itu je nak kongsi dengan kawan-kawan semua
semoga dengan sedikit tips2 yg tak berapa berguna ni
dapat memotivasikan diri dan sedikit demi sedikit menyemaikan sifat kesabaran dalam diri
mudah-mudahan




BERUSAHA ITU TANGGA KEJAYAAN
maaf gambar xclear
my bestfriend forever and ever
dia seorang yg sangat penyabar
cute kn..?



..sekian wasalam..

Thursday, January 17, 2013

bagaimana hadapi temuduga?

Assalamualaikum..
semoga kalian semua dirahmati dan diberkati oleh-Nya..




Kali ni, tot nk review sikit berkaitan temuduga..korunk semua pernah pergi temuduga x..? xkisah la temuduga untuk kerja, sambung pelajaran atau dapatkan biasiswa..itu semua adalah pengalaman berharga yg orang lain tak dapat bayangkan situasi sebenar semasa temuduga..kepada sesiapa yang dapat peluang ditemuduga, korunk adalah orang yg bertuah..










kepada mereka yg belom pernah menghadiri sebarang sesi temuduga..
meh tot nak cerita serba sedikit suasana dan keadaan sebenar sesi temuduga ni..

ini adalah contoh gambaran dalam bilik temuduga
dua orang dalam visual di atas adalah panel temuduga
panel ni kebiasaanya TIDAK berseorangan
iye itu adalah pengalaman tot
pasti akan terdapat lebih dari seorang panel








satu hal yg kita perlu kawal sebelum masuk bilik temuduga adalah
  • gementar
  • gemuruh
  • berdebar
  • takut
semua perasaan di atas adalah perkara pertama yg korunk perlu kawal dan atasi..sebab korunk akan masuk ke dalam bilik tu berseorangan..di mana pelbagai persoalan bakal dituju..samada yg ada kaitan atau yg tidak ada kaitan langsung..?? err itu mungkin boleh terjadi..

bg mereka yg tidak dapat mengawal semua perasaan yg tot sebutkan tadi..boleh la menghafal dan fahami doa menghilangkan rasa gemuruh dalam diri..mudah-mudahan korunk tenang semasa sesi temuduga nanti..


Mudahkanlah wahai Tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillahirrahmaanirrahim, Wahai Tuhan engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan lain-lain binatang.





Dah hafal blom?
kalau da, tot nak bagi tips..tips yg mungkin boleh membantu untuk korunk semua bersedia dengan  proses temuduga..perkara yg perlu dikenalpasti adalah :-
  • skop jawatan yang dipohon
  • latar belakang tempat kerja yang dipohon
  • sijil-sijil yang disediakan mendapat pengesahan dan ada kaitan dengan jawatan yg dipohon
  • resume untuk pengenalan diri dan latar belakang diri secara ringkas
  • isu-isu semasa

selain itu, korunk mesti bersedia dari segi fizikal dan mental..yang penting KEYAKINAN DIRI..kita dah berusaha dan yang selebihnya adalah di atas ketentuan Allah swt..pintu rezeki itu ada di mana-mana..   =)

Friday, January 11, 2013

kalau sesuatu benda boleh berkata-kata

Assalamualaikum..
semoga pembaca dan pengunjung tanpa baca sekalian sihat2 hendaknya..   =)





adakah anda pernah bayangkan sesuatu benda di sekeliling anda berkata-kata...?
contoh macam kerusi yg anda duduk..?
cuba bayangkan dan adaptasikan dalam kehidupan seharian anda..

dialog kerusi,
    " adoi, tak reti duduk perlahan2 ke..? "
    " kenapa engkau ni berat sangat..? "
    " kenapa engkau patahkan badan kecilku ini?   :'( "















(gambar ihsan google)



atau


dialog pokok,
" sakit mataku ini melihat anak muda zaman sekarang "
tolonglah berikan aku air "
















(gambar ihsan google)






ini adalah contoh semata2..tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada..









cuma kadang-kadang kita tak perasan..
setiap benda yang wujud di dunia ini adalah ciptaan dan pinjaman dari-Nya..
maka dengan itu, setiap kejadian dan ciptaan itu mempunyai tugas masing2..
lebih2 lagi sebagai pemerhati kita di akhirat kelak..??





korunk bersedia tak dengan setiap apa yang bakal dihuraikan tentang apa yang kita lakukan oleh semua benda2 sekeliling korunk nnt..?







sebagai peringatan kepada semua..juga kepada diri ini sendiri..
berjaga-jaga lah dengan setiap tingkah laku kita..
walaupun tidak diperhati oleh manusia, namun wujudnya Allah s.wt sebagai pemerhati yang Maha Esa..
juga apa yang berada di sekeliling kita..   :)


semoga kalian diredhai oleh-Nya Yang Maha Esa..