Sunday, January 1, 2012

terima kasih awak..

status facebook pada 1 Januari 2012 tepat jam 0130..
hati => kosong..
jiwa => sunyi..
otak => serabut..
terima kasih awak..










Assalamualaikum..
semoga pembaca sekalian sihat2 hendaknya..
korunk dah bersedia ke sambut tahun 2012 ni..??
rasa macam janggal pulak..
umur da bertambah satu angka lagi..
iman di hati mungkin separuh..
tapi amal ibadat belum sama dengan umur..
macam mana tu..??











awal pagi tahun 2012 ni
rasa nak luah kembali segala yang berlaku di tahun2 yang lalu
tapi
mood nak tahun baru
azam tahun baru
semoga kenangan yang lama xberulang kembali
semoga segala yang berlaku membawa hikmah yang tersendiri
semoga diri ni boleh biasakan diri dengan perkara baru
semoga jiwa ini setaraf umur sekarang ni
semoga segala yang dihajatkan pada tahun lepas untuk tahun ni dimakbulkan
semoga 'kami' berkekalan hingga ke akhirnya
dan semoga 'kami' bertemu jodoh
amin ya rabbal alamin










sekian wasalam..
semoga awak tahu sekarang ni saya masih menunggu kehadiran awak..

Thursday, November 10, 2011

kenapa letih sangat kebelakangan ni..??

Assalamualaikum...
semoga pembaca2 sekalian sihat2 hendaknya..  :)

















saban hari
mata ni rasa macam da koyak rabak
ada satu hari, terasa bawah kelopak mata ni tebal sangat
nak kelip pun rasa pedih













hari-hari mengadap skrin petak bercahaya
hari-hari baca tulisan-tulisan comel
hari-hari tatap gabenor









awan silih berganti
terasa kebosanan menghuni dalam diri

kalau sebelum ni, masa malam itu sangat lapang dan lama
kini terasa begitu singkat
tidur malamku tak lena
pagiku terasa suram
sunyi
sepi










apakan daya
itulah lumrah kehidupan
siapa yang tidak merasa semua ini
sudah pasti hatinya robot   =p








sekian wasalam
entri keletihan melanda
jaga diri semua

Monday, October 31, 2011

saye sibuk dengan Tot's cR@fT..!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua...
semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..amiin...  :)



















berbalik kepada  tajuk..
cik tot sekarang memang sibuk dengan projek Tot's cR@fT ni..
ada segelintir yang sudah tahu kewujudan Tot's cR@ft..












APA itu Tot's cR@fT..??














kalau nak tahu lebih lanjut
boleh klik nama bawah ni





















sudah jenguk ke belum..??
kalau da, harap korunk sokong sepenuhnya ok..!  =)
kalau belum, meh tot jelaskan..







ini adalah hobi di masa lapang tot
di samping mencari rezeki nak kumpul duit kahwin
keh keh keh   =p



jadi masa lapang tu da takde
hari minggu tak boleh rilex
hari biasa kadang2 bersengkang mata nak siapkan tempahan
kualiti itu sangat penting
sebab tu  tot nak pesan awal2
tolong buat tempahan seminggu lebih awal tau
sebab kesemua yang dihasilkan adalah 100% buatan dan jahitan tangan









setakat ni hanya tot sorang yang siapkan segala tempahan
di samping dibantu oleh mama dan boolat
insyaAllah de rezeki lebih
boleh bukak butik Tot's cR@fT pulak..hihi..   =p
masa tu baru boleh amek pekerja sorang dua ke..
waaah tinggi ke langit harapan tu..
tapi tu semua tak mustahil kan..?
bergantung kepada usaha diri sendiri..







okey tu je nak beritahu
semoga berjalan dengan lancar hendaknya
semoga krafter2 lain pun ada inisiatif macam ni
baru orang melayu boleh maju
tapi dengan satu syarat, KUALITI itu sangat penting ok
jangan buat main ikut 'dan' je..
papai.....








sekian wasalam   =)
nah gambar due tiga ketul dari Tot's cR@fT





Sunday, October 16, 2011

kisah sebuah helmet 09102011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..semoga semua dalam keadaan sihat2 belaka hendaknya..amiin...



















sebelum kita review cerita hari ni..
jom tengok satu gambar yang sangat bermakna..
tak sangka ianya menjadi kenangan tak ternilai bagi diri tot..

sebuah helmet kuning
munkin dulu tot bangkang pembelian helmet ni
namun ianya kini menjadi kesayangan buat tot














helmet pertama buat diri tot sendiri
sebab susah nak pinjam2 helmet bila naik moto
so helmet kuning ni dibeli oleh boolat







mula2 tu tot tak suka...
"apa ni helmet warna KUNING..??ketat pulak tu..!!sakit kepala pakai helmet ni tau tak..?????"
begitulah luahan tot pada boolat
sebab die beli helmet yg tak best
huhu




tapi boolat ni sabar
die suke tenangkan tot
kalau kitorunk keluar
die selalu pesan
"helmet ni kite tak boleh tinggal..sebab helmet mucuk ni, baru lagi..jadi mucuk bawak k.."
dalam hati masa tu jawab
"bukan lawa pn helmet kuning..sape nak..?huh..!"











jadi setiap kali kitorunk keluar..
helmet ni tak pernah tinggal kat motor..
yang jadi mangsa kene bawak helmet ni, tot la..siapa lagi..
tu yang kadang2 tot suke bebel2 comel kat boolat..hihihi..
kalau park kt ktm pun, helmet ni mesti sorok dalam seat motor..









boolat selalu pesan
helmet ni 'orang' suka..
siapa yg faham golongan 'orang' tu..
mesti korunk tahu sebab apa..
tot malas nak cerita sebab nanti jd bengang pulak kat golongan2 macam ni..








berbalik pada cerita...




pada satu pagi
09102011 bersamaan hari ahad
kitorunk park motor kt ktm
helmet tinggal macam biasa
cuma kali ni bukan di dalam seat
hanya di atas motor begitu sahaja











malam 09102011
kitorunk sampai ktm semula
mata tiba2 perasan ada sesuatu berubah kat motor tu
boolat da nak ready start motor tapi kenapa die xperasan..??













tot tanya boolat..
"kenapa helmet warna hitam..?"
"kita salah motor ke..?"
sambil tu tot tinjau2 motor lain kot2 kalau betul kitorunk salah motor..























jawapan boolat masa tu
"HABIS..!"
tot tak tentu arah..tot blur..tot tak dapat fikir..
apa yang keluar dari mulut tot masa tu
"siapa amek helmet ni memang pecah kepala dia..!"
maaf atas keterlanjuran kata2 itu
mungkin dalam keadaan masing2 keletihan, tot tak dapat fikir dengan waras
cuma satu yg tot ingat pesanan dari boolat
"jangan mucuk..doa orang yang teraniaya ni makbul tau.."








tot duduk sekejap atas jalan..tiba2 je air mata ni keluar..
macam budak2 je kan..??
bukan apa..itu barang pertama tot, sedangkan tot tak pernah ada benda tu sendiri..
walaupun pada dahulunya tak suka, namun ianya telah melindungi tot..
dalam hujan, panas dan kemalangan..
macam2 tot lalui bersama helmet tu..
ianya pelengkap dan pelindung tot ketika di atas jalan..









setelah tot mendapat ketenangan untuk beberapa minit kemudian..
boolat bertanya kembali..
"nak orang tu pecah kepala ke..?"
dengan tenang tot membalas pertanyaan tu..
"semoga dia selamat dunia dan akhirat"
hanya itu yg mampu tot luahkan..









kini tiada lagi helmet kuning
yang ada helmet bogo hitam mati
helmet yg ditukar oleh 'orang' tu
besar..busuk..longgar..xlembut dalamnya..
tapi apakan daya, tot terpaksa pakai buat sementara waktu..




kepada yang mungkin pernah terlibat kes ni..
samada mangsa atau pemangsa
kepada mangsa - janganlah anda bersikap gelojoh dan kata yang bukan2
kepada pemangsa - janganlah anda ambil hak orang walaupun dengan pertukaran sekalipun
hak tidak dapat ditukar ganti seperti anda menukar pakaian seharian


sekian wasalam..