Thursday, January 17, 2013

bagaimana hadapi temuduga?

Assalamualaikum..
semoga kalian semua dirahmati dan diberkati oleh-Nya..




Kali ni, tot nk review sikit berkaitan temuduga..korunk semua pernah pergi temuduga x..? xkisah la temuduga untuk kerja, sambung pelajaran atau dapatkan biasiswa..itu semua adalah pengalaman berharga yg orang lain tak dapat bayangkan situasi sebenar semasa temuduga..kepada sesiapa yang dapat peluang ditemuduga, korunk adalah orang yg bertuah..










kepada mereka yg belom pernah menghadiri sebarang sesi temuduga..
meh tot nak cerita serba sedikit suasana dan keadaan sebenar sesi temuduga ni..

ini adalah contoh gambaran dalam bilik temuduga
dua orang dalam visual di atas adalah panel temuduga
panel ni kebiasaanya TIDAK berseorangan
iye itu adalah pengalaman tot
pasti akan terdapat lebih dari seorang panel








satu hal yg kita perlu kawal sebelum masuk bilik temuduga adalah
  • gementar
  • gemuruh
  • berdebar
  • takut
semua perasaan di atas adalah perkara pertama yg korunk perlu kawal dan atasi..sebab korunk akan masuk ke dalam bilik tu berseorangan..di mana pelbagai persoalan bakal dituju..samada yg ada kaitan atau yg tidak ada kaitan langsung..?? err itu mungkin boleh terjadi..

bg mereka yg tidak dapat mengawal semua perasaan yg tot sebutkan tadi..boleh la menghafal dan fahami doa menghilangkan rasa gemuruh dalam diri..mudah-mudahan korunk tenang semasa sesi temuduga nanti..


Mudahkanlah wahai Tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillahirrahmaanirrahim, Wahai Tuhan engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan lain-lain binatang.





Dah hafal blom?
kalau da, tot nak bagi tips..tips yg mungkin boleh membantu untuk korunk semua bersedia dengan  proses temuduga..perkara yg perlu dikenalpasti adalah :-
  • skop jawatan yang dipohon
  • latar belakang tempat kerja yang dipohon
  • sijil-sijil yang disediakan mendapat pengesahan dan ada kaitan dengan jawatan yg dipohon
  • resume untuk pengenalan diri dan latar belakang diri secara ringkas
  • isu-isu semasa

selain itu, korunk mesti bersedia dari segi fizikal dan mental..yang penting KEYAKINAN DIRI..kita dah berusaha dan yang selebihnya adalah di atas ketentuan Allah swt..pintu rezeki itu ada di mana-mana..   =)

Friday, January 11, 2013

kalau sesuatu benda boleh berkata-kata

Assalamualaikum..
semoga pembaca dan pengunjung tanpa baca sekalian sihat2 hendaknya..   =)





adakah anda pernah bayangkan sesuatu benda di sekeliling anda berkata-kata...?
contoh macam kerusi yg anda duduk..?
cuba bayangkan dan adaptasikan dalam kehidupan seharian anda..

dialog kerusi,
    " adoi, tak reti duduk perlahan2 ke..? "
    " kenapa engkau ni berat sangat..? "
    " kenapa engkau patahkan badan kecilku ini?   :'( "















(gambar ihsan google)



atau


dialog pokok,
" sakit mataku ini melihat anak muda zaman sekarang "
tolonglah berikan aku air "
















(gambar ihsan google)






ini adalah contoh semata2..tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada..









cuma kadang-kadang kita tak perasan..
setiap benda yang wujud di dunia ini adalah ciptaan dan pinjaman dari-Nya..
maka dengan itu, setiap kejadian dan ciptaan itu mempunyai tugas masing2..
lebih2 lagi sebagai pemerhati kita di akhirat kelak..??





korunk bersedia tak dengan setiap apa yang bakal dihuraikan tentang apa yang kita lakukan oleh semua benda2 sekeliling korunk nnt..?







sebagai peringatan kepada semua..juga kepada diri ini sendiri..
berjaga-jaga lah dengan setiap tingkah laku kita..
walaupun tidak diperhati oleh manusia, namun wujudnya Allah s.wt sebagai pemerhati yang Maha Esa..
juga apa yang berada di sekeliling kita..   :)


semoga kalian diredhai oleh-Nya Yang Maha Esa..

Friday, November 9, 2012

TAK SUKA bukan bermaksud BENCI

Assalamualaikum..
semoga penduduk di bumi ini diberi rahmat dan diberi kesihatan yang baik2 hendaknya..


cuma nak bagitahu..saya TAK SUKA..





semoga Allah pelihara mereka
semoga Allah beri mereka senyuman paling manis di hati mereka

Friday, July 6, 2012

nk tahu isi hati sy?

kini saya sendirian
awak tiada di sisi
setelah awak tak perlukan saya

kita belum diijabkabulkan
tetapi itu tidak bermakna awak boleh ketepikan saya
mungkin itu remeh bagi awak
namun ianya sangat bermakna buat saya

saya perlukan awak dalam segala perkara
macam kita memerlukan jantung
awak pernah rasa jantung awak terhenti?
macam tu saya rasa sekarang
SAKIT..sakit sangat

masa awak tak bagitahu saya
saya tertanya-tanya
setia menanti khabar dari awak
cerita awak..perkembangan awak..keadaan awak

saya tahu saya memang sensitif
itu bermakna saya perlukan perhatian
mungkin bagi awak itu mengada-ngada
tapi itu saya
awak boleh terima kan?

saya rindu disuapkan awak
masa itu saya merajuk
awak tak nak pujuk saya macam tu lagi ke?

hampir seminggu kita tidak berhubung
mungkin bagi awak itu tidak menjejaskan apa-apa
tapi tidak bagi saya
migrain saya datang balik..tiga hari berturut-turut
saya tahan tak makan ubat
tiga hari tu juga saya tiada selera makan
hampir gastrik dibuatnya
mujur saya cepat bertindak
saya tak takut nak seksa diri saya sendiri
tapi saya takut nak seksa anugerah yang dipinjamkan untuk saya

saya sebenarnya rindu awak
saya tak balas mesej
saya tak angkat call
bukan sebab saya benci awak
tapi saya nak awak beri perhatian kat saya
saya nak awak yang 'dulu'
awak yang penyayang..awak yang pandai berkata-kata
awak yang akan risau kalau tiada khabar dari saya

bila awak nak berubah?
saya sayang awak tahu tak?
kalau awak sayang saya..awak fahamkan betul-betul mesej ni
mungkin sedikit panjang
harap ianya dapat mencuit hati awak
ikhlas dari,
-mucuk-